Kita biasa lihat dengan mata kasar kita, dimana seorang pemain bola mempunyai kehidupan yang mewah ketika ini baik pemain bola luar negara dan dalam negara. Rata-rata mereka mempunyai kehidupan yang serba cukup dengan mempunyai kelengkapan hidup mewah seperti pakaian berjenama, kereta mewah, rumah agam, dan sebagainya.
Disebalik kehidupan sebagai pemain bola, pasti ada perkara yang mendisiplinkan mereka sehingga berjaya di dalam kerjaya bola sepak. Dengan latihan yang disediakan, kecederaan yang diterima ketika dalama permainan dan sebagainya. Semua perkara ini perlu dititik beratikan oleh pihak pengurusan bagi membentuk pemain bola yang hebat.
Antara lain yang boleh membentuk pemain tersebut, mungkin pengurusan mengenakan denda terhadap seseorang pemain yang melanggar peraturan. Walaupun gaji mereka tinggi, pasti perkara ini akan menjatuhkan maruah mereka dan feeling down jika didenda.
Baru-baru ini, sebuah twitter Coral telah menunjukkan suatu papan kenyataan sebuah pasukan gergasi England iaitu Chelsea dimana disenaraikan bayaran denda yang dikenakan kepada setiap pemain jika melanggar peraturan.
Antara Denda Yang Dikenakan Terhadap Pemain Chelsea
- Lambat tiba ketika hari perlawanan (€2500)
- Lambat lapor diri ketika latihan (€2500)
- Lambat berada di Gym (€1000)
- Lambat untuk rawatan (€2500)
- Lambat untuk meeting pasukan (€500 per minit)
- Lambat untuk mula latihan (€20000)
- Telefon berbunyi ketika meeting (€1000)