Sila jaga aircond rumah anda dengan baik. Jangan tunggu bila pendingin hawa rumah anda dah keluarkan udara panas barulah nak bertindak. Jadi jom tengok panduan mudah cara bersihkan aircond di rumah anda.
Seperti kebanyakan peralatan rumah untuk memastikan aircond anda berfungsi dengan baik dan dan cekap dalam tempoh yang lama, sudah pasti anda perlu lakukan maintenance atau penyelenggaraan terutamanya lakukan pencucian. Sebenarnya tugas penyelenggaraan ini tidaklah rumit dan boleh dilakukan sendiri, tak perlu bagi technician pun yang kadang mungkin melibatkan kos.
Pastikan pendingin hawa anda sentiasa dalam keadaan bersih dan diselenggara secara berlaka supaya dapat mengelakkan masakan kerosakan yang lebih teruk yang pastinya memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi untuk membaikinya.
Kesan baik daripada pembersihan aircond ini adalah, ianya akan menjadi lebih cepat sejuk dan pastinya dapat mengurangkan penggunaan tenaga elektrik dan hasilnya ia membantu mengurangkan impak buruk terhadap alam sekitar. Selain udara sejuk, kebaikkan lain adalah boleh menikmati udara yang lebih segar dan bersih di dalam rumah.