Sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, Astro akan melancarkan sebuah siaran atau channel baru berbentuk Konsert.
Astro sebelum ini mengumumkan siaran percuma secara komplimen masih diteruskan sehingga PKP tamat iaitu pada 28 April 2020. Antara siaran termasuk siaran berita, siaran pembelajaran dan juga channel filem.
Inisiatif ini dibuat oleh pihak Astro bagi menggalakan orang ramai khususnya pelanggan Astro supaya sentiasa berada di rumah. Duduk rumah, tengok TV dengan siaran yang bermanfaat disediakan sepanjang PKP terutamanya salurang pembelajaran. Jadi tiadalah bosan jika anda terpaksa duduk dirumah.
Tidak cukup dengan itu, kali ini Astro sekali lagi mengumumkan berita baik khsus kepada pelanggan Astro dimana, kini anda boleh tonton Konsert yang pernah berlangsung sebelum ini hanya daripada rumah.