Taman Tema Air Melaka Wonderland Theme Park and Resort menghadiahkan tiket masuk percuma kepada frontliners iaitu petugas barisan hadapan bagi menghargai jasa mereka dalam membendung pandemik COVID-19 selama ini.
Petugas barisan hadapan sebelum ini bertungkus lumus bermula Februari lagi bagi memerangi pandemik yang telah melanda Malaysia. Ada antara mereka yang tidak pulang ke kampung sejak daripada penularan berlaku lagi. Pastinya besar jasa mereka tersebut.
Jika di Melaka, antara tarikan menarik yang ada di sana selain daripada destinasi peninggalan sejarah adalah taman tema air iaitu seperti Melaka Wonderland Theme Park. Jadi disini, anda boleh meluangkan masa bersama keluarga tersayang sambil bermain air dan juga disediakan penginapan untuk bermalam.
Tiket Masuk Percuma Untuk Frontliners Di Melaka Wonderland
- Isnin (tutup kecuali cuti umum dan cuti sekolah)
- Selasa hingga jumaat (11 pagi – 7 malam)
- Sabtu, Ahad, Cuti umum & Cuti sekolah (10 pagi – 7 malam)