Sepertinya, How You Like That tidak dapat diberhentikan ketika ini, apabila muzik video tersebut telah berjaya pecah 5 rekod Dunia Guinness dengan hanya selepas 24 jam ditayangkan di laman Youtube.
Blackpink telah kembali dengan single terbaru bertajuk How You Like That dan telah dimainkan dan dipertontonkan di Youtube milik kumpulan Kpop itu sendiri. Tayangan perdana telah dibuat pada 26 Jun 2020 yang lepas.
Sejak daripada tayangan itulah, Blackpink sibuk dibualkan dan diperkatakan di setiap pelusuk media sosial. Pada awalnya, beliau telah berjaya merampas takhta video paling cepat mencecah 100 juta tontonan daripada BTS yang hanya mengambil masa 32 jam sahaja.
Rupanya, mereka tidak berhenti di situ sahaja. Selepas itu, How You Like That telah bergerak dengan pantas dan memecahkan lagi 5 Rekod Dunia Guinness menurut laman Guiness World Record pada selasa lepas.
5 Rekod Dunia Guinness Daripada ‘How You Like That’, Blackpink
- Video Youtube paling banyak ditonton dalam 24 jam
- Muzik Video yang paling banyak ditonton di laman Youtube dalam masa 24 jam
- Muzik Video oleh kumpulan Kpop yang paling banyak ditonton dalam masa 24 jam
Congratulations to BLACKPINK @ygofficialblink who’ve made @YouTube history with a multiple record titles following the release of #HowYouLikeThat https://t.co/26G94FSrRX— GuinnessWorldRecords (@GWR) June 30, 2020
- Video tayangan perdana di Youtube yang mendapat jumlah tontonan yang paling tinggi
- Tayangan perdana muzik video di Youtube yang mendapat jumlah tontonan paling tinggi.