Akhirnya, selepas tertanya-tanya, hari ini Sony secara rasmi telah memperkenalkan PlayStation 5 yang terbaru kepada umum di dalam melalui acara khas di platform Twitch TV: PS5 – The Future Of Gaming Show
Pada acara khas tersebut, telah dikongsikan reka bentuk Sony PlayStation 5 yang turut diperkenalkan dengan 2 versi iaitu PlayStation 5 dan PlayStation 5 Digital Edition. Dari sudut luaran, tidak banyak perbezaan yang ketara antara keduanya.
Sony Play Station 5 Secara Rasmi Diperkenalkan
Dari segi reka bentuk, ianya dipertontonkan dalam keadaan menegak sama seperti Play Station sebelum-sebelum ini beserta port USB yang berada di bahagian depan bersama dengan lampu LED berwarna biru.
…and here it is. Thanks for watching! #PS5 pic.twitter.com/pOzHc31X3G— PlayStation (@PlayStation) June 11, 2020
Dalam acara itu juga, turut ditontonkan dengan beberapa permainan video yang boleh dimaikan bersama Play Station 5 ini antaranya, Marvel’s Spider-Man Miles Morales, Demon’s Souls, esident Evil Village, GTA5, Gran Turismo 7, NBA 2K21, Stray dan banyak lagi la.
Kalau anda merasa nak guna Play Station, sekarang ni mereka ada buat promosi Days of Play. Anda boleh dapatkan Play Station 4 serendah RM1099 dan RM1399