Siapa sangka kan, selepas ini mungkin kita akan dapat melihat sebuah lagi sektor tayangan diperkembangkan apabila akan diperkenalkan Panggung Wayang Pandu-Lalu pertama di Malaysia.
Jika secara biasa, kita pergi tengok wayang di dalam Mall, beli tiket, masuk dan duduk ditempat yang disediakan. Tetapi berbeza dengan pandu lalu dimana anda beli tiket dan anda akan masuk bersama kereta anda, parking ditempat yang ditetapkan dan tonton wayang tersebut.
Itulah konsep yang ingin dibawa ke Malaysia tidak lama lagi. Industri seperti ini biasa kita tengok dalam filem orang putih, tengok movie daripada dalam kereta sahaja.
Baru-baru ini pun, di Florida, Amerika Syarikat, perniagaan seperti ini bercambah dengan cepat disebabkan pandemik COVID-19 ni. Jika duduk beramai-ramai di dalam panggung wayang, pastinya risiko terdedah dengan pandemik lebih tinggi dan tidak selamat. Sebagai alternatif untuk merancakkan perniagaan panggung wayang, mereka buat panggun wayang pandu lalu.
Di Brazil juga telah diperkenalkan baru-baru ini, apabila mereka jadikan Stadium sebagai panggung wayang pandu lalu di sana. Orang ramai-ramai masuk bersama kereta, duduk di dalam kereta sahaja. Tidak bercampur dengan orang lain.
Panggung Wayang Pandu Lalu Di Malaysia
Sebagai makluman, TwoSpicy Entertainment Live ini juga telah menguruskan event seperti Dinner In The Sky berdekatan KLCC, Restoren Kapal Terbang dan banyak lagi.