Kerajaan Arab Saudi telah mengarahkan perintah Lockdown selama 24 di Haramain, Makkah dan Madinah. Perintah berkurung dikuat kuasa.
Menurut laporan Bernama.com, Kerajaan Arab Saudi telah mengarahkan dan mengenakan perintah berkurung atau Lockdown 24 jam di Makkah dan Madinah sehingga diberitahu kelak. Langkah ini dibuat bagi memutuskan rantaian dan memerangi penularan pandamik COVID-19 di sana.
Lockdown Di Makkah Dan Madinan
Jadi di kedua wilayah ini, Kerajaan hanya membenarkan orang dewasa sahaja keluar rumah bagi mendapatkan bekalan makanan dan ubat-ubatan. Tambahan lagi, mereka hanya dibenarkan untuk keluar rumah dari 6 pagi hingga 3 petang sahaja.
Jika keluar menggunakan kereta, hanya dibenarkan 2 orang sahaja dalam satu-satu masa termasuk pemandu. Tetapi larangan ini terkecuali kepada mereka yang bekerja di sektor kerajaan dan swasta yang penting.