Setiap hari, rakyat Malaysia akan menunggu 2 sidang media yang disiarkan di TV iaitu sidang media daripada Menteri Kanan (Keselamatan) dan sidang media daripada DG Hisham wakil daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Kita menunggu sidang media daripada DG Hisham bagi ketahui kemaskini terbaru statistik jangkitan COVID-19 di Malaysia manakala sidang media daripada Menteri Kanan (Keselamatan) iaitu daripada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkaitan keselamatan selama tempoh PKP berlangsung.
Tetapi disebalik sidang media tersebut, rakyat Malaysia, merek menunggu sidang media Menteri Keselamatan kerana nak tahu pakaian atau baju apa yang akan dipakai pada hari tersebut. Ini kerana, mereka nampak baju batik yang dipakai oleh beliau seakan gambaran kuih muih yang sedap dan enak untuk dimakan.
Anda boleh lihat daripada perkongsian kreatif di facebook daripada DakuCing Ku bagaimana beliau samakan baju batik yang dipakai oleh Datuk Seri semasa sidang media dengan kuih muih.
Selain itu, beliau juga berharap, beliau boleh menjadi model batik Malaysia dengan mempromosikan lebih banyak produk Malaysia. Salah satu daripada batik yang dipakai adalah daripada Tenunan Royak Pahang hasil daripada @jovianmandagie
Inilah kreatifnya rakyat Malaysia, dalam keadaan getir melawan pandemik tetapi masih sempat juga mencari ruang untuk menghiburkan hati, takdalah nak tegang je sepanjang tempoh PKP ni kan. Syabas rakyat Malaysia.