Siapa sangka, bukan sahaja golongan dewasa yang mengkagumi gerak kerja yang dilakukan oleh Ketua Pengarah Kesihata, Dr Hisham tetapi kanak-kanak juga berbangga dan mengkagumi beliau.
Di dalam rakyat Malaysia resah dan gelisah kerana virus pandemik COVID-19 yang melanda Malaysia, hari ini kita dikongsikan dengan kisah gembira dan comel daripada pengguna seorang pengguna Twitter.
Beliau @imancullen_ telah berkongsikan sepucuk surat yang ditulis oleh adiknya untuk Ketua Pengarah Kesihatan kita, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah. Dalam surat tersebut, adiknya, yang bernama Lara Khadijah McAfee menulis untuk berterima kasih kepada Dr Hisham yang selama ini bertungkus lumus dalam melawan wabak COVID-19 ini.
Selain itu juga, Lara yang kini menetap di Terengganu telah memberikan sebuah gelang berwarna biru yang dibuat khas oleh beliau dan diberikan kepada Dr. Hisham sebagai tanda persahabatan.
Surat Balas Daripada Dr Hisham
So my lil sister wrote a letter for Dr Hisham and sent it to his office. Then today got a whatsapp message with this pic of the official surat, Dr Hisham punya reply to my lil sis. He is so humble and I respect him a lot with what his contributions for our country. pic.twitter.com/IfXMRNaIDH— iman (@imancullen_) April 17, 2020
Bahagian yang paling mengembirakan meruntun hati rakyat Malaysia, apabila Dr Noor Hisham sudahi dengan penutup ucapan “From your new friend, Dr. Hisham” diakhir surat tersebut.