Seperti yang dilaporkan, Malaysia mungkin akan mengalami fenomena cuaca panas sehingga bulan hadapan iaitu pada bulan September.
Mungkin anda perasan sekarang, cuaca sedikit bahang dan panas daripada biasa. Anda merasai panasnya cuaca bukan sahaja ketika berada di luar rumah tetapi di dalam rumah pun rasa panas. Bukan sahaja di tengah hari, tapi apabila malam, masih terasa bahang dan kurangnya tiupan angin kan.
Melalui Berita Harian, pihak Meteorologi Malaysia memberithau cuaca panas ini telah berlaku sejak hujung bulan lepas (Julai) disebabkan kurangnya kadar taburan hujan dan litupan awan. Ini dipengaruhi tiupan monsun barat daya.
Contents [show]
Panas Sehingga Pertengahan September
Jadi untuk orang semenanjung, cuaca panas ini dijangka akan berakhir pada pertengahan bulan depan apabila berakhirnya monsun barat daya dan kadar taburan hujan kembali normal.
Justeru itu, kita digalakkan untuk jalankan langkah pencegahan kendiri bagi mengelakkan kita kehilangan banyak air apabila berada di luar rumah atau mungkin boleh mengalami strok haba yang berbahaya untuk diri.