Antara kumpulan penyanyi terkenal Korea, BTS akan kongsikan siri konsert secara percuma untuk peminat diseluruh dunia. Peminat K-Pop dan BTS terutamanya, pasti teruju dengan pengumuman ini. Konsert BTS percuma.
Rasanya siapa yang tak kenal artis K-Pop yang terkenal iaitu BTS. Merupakan sekumpulan penyanyi membentuk sebuah kumpulan dan digilai oleh seluruh dunia termasuk Malaysia. BTS yang terkenal dengan lagu Boy With Luv, Black Swan, Fire dan banyak lagi.
Berita ini pastinya paling ditunggu-tunggu oleh kelab peminat mereka dinamakan Army. Pastinya ini memberikan keterujaan maksima kepada mereka. Manakan tidak, mereka kini juga mampu untuk tonton konsert BTS sama seperti berada di acara tersebut walaupun hanya tonton melalui komputer ataupun telefon bimbit.
Contents
BTS Belanja Konsert Percuma Sempena COVID-19
Anda boleh saksikan konsert yang pernah berlangsung sebelum ini secara percuma atas nama Bang Bang Con dengan melayari BANGTANTV di YouTube pada 18 April 2020 (Sabtu) ini. Ianya diumumkan di laman twitter rasmi kumpulan BTS tersebut baru-baru ini.
Ikuti senarai penuh siri jelajah konsert BTS yang akan ditayangkan
18 April 2020
- Part One: 2015 bts live <hyyh on stage>
- Part Two: 2016 bts live <hyyh on stage: epilogue>
- Part Three: 2014 live trilogy: episode ii the red bullet
- Part Four: bts third muster [army.zip+]
19 April 2020
- Part One: 2017 live trilogy ep. iii the wings tour in seoul
- Part Two: 2017 live trilogy ep. iii the wings tour the final
- Part Three: fourth muster [happy ever after]
- Part Four: world tour: love yourself in seoul
sumber : BTS Official