Biasa sekarang kalau kita buka laman sosial seperti facebook mahupun twitter pasti akan jumpa video sekumpuluan ahli pembawa keranda atau pallbearers menari sambil membawa sebuah keranda. Sebenarnya ada cerita disebalik tarian tersebut.
Video ini sudah trending beberapa hari yang lalu sehingga apa-apa perkara yang mendatangkan perkara buruk pasti nitizen akan mengakhiri video tersebut dengan tarian mereka yang rata-rata mencuit hati penonton yang akhirnya menjadi meme bagi para nitizen.
Terlebih dahulu, sebenarnya tarian ini sudah lama berada di dunia internet. Jika anda lihat di Youtube BBC News Africa ianya telah dimainkan seawal 2017 lagi yang sehingga kini telah mendapat tontonan lebih 2 juta views.
Cerita Disebalik Ghana’s Dancing Pallbearers
Lebih menjadikan ianya lucu, nitizen menambah latar belakang lagu iaitu Astronomia daripada Vicetone & Tony Igy yang hakikatnya bukanlah lagu tersebut sebenarnya.
Tarian ini sebenarnya dinamakan Ghana’s Dancing Pallbearers yang mana berlaku di sebuah daerah di Ghana. Tarian ini sebenarnya di minta sendiri oleh keluarga si mati dan bukanlah mereka pandai-pandai lakukan.
Jadi salah seorang ahli keluarga si mati telah membuat keputusan untuk menambahkan elemen tarian bagi ahli keluarganya sendiri yang sudah mati tersebut. Bagi mereka acara pengkebumian adalah perkara yang penting dan pastinya ingin memberikan yang terbaik kepada si mati dan juga masyarakat setempat.