Pada awal November yang lepas, Youtube Premium dan Youtube Music telahpun masuk ke pasaran Malaysia dan kini boleh dilanggan oleh pengguna tempatan. Dengan harga RM17.90 sebulan bagi YTP dan juga YTM dengan harga RM14.90 sebulan.
Mungkin langganan bulanan ini tiada masalah bagi golongan pekerja yang mempunyai pendapatan setiap bulan, tetapi bagaimana golongan pelajar yang juga ingin menggunakan perkhidmatan Youtube Premium ini?
Jadi dengan berbesar hati, Youtube telah menyediakan pakej istimewa bagi golongan pelajar yang pastinya lebih jimat dan murah berbanding pakej biasa bagi semua pengguna sebelum ini. Jika anda tergolong daripada golongan pelajar pengajian tinggi, pakej istimewa ini untuk anda iaitu Pelan Pelajar.
Contents
Youtube Premium Dan Youtube Music Bagi Pelan Pelajar Yang Lebih Murah
Cara Daftar Pelan Pelajar
- Anda pergi ke laman web www.sheerid.com
- Pilih Student Deals, kemudian pilih Youtube. Akhirnya tekan Student Deal sekali lagi
- Anda akan dibawa ke halaman pendaftaran Youtube Premium dan pilih Try It Free
- Masukkan semua maklumat yang diperlukan seperti nama universiti, nama dan juga email dan tekan Next
- Akhir sekali, anda perlu upload no Id pelajar, transkrip, atau dokumen lain yang dikeluarkan oleh sekolah yang menunjukkan nama penuh sah anda dan proses yang anda sedang mendaftar di kolej. Anda akan membuat proses verifikasi setiap bulan!
- Ikut arahan yang diberikan. Selesai!