Nampaknya pandemik COVID-19 di Malaysia semakin buruk apabila telah berlaku kes kematian pertama melibatkan pesakit warga tempatan.
Situasi terkini pada 17 Mac 2020 di Malaysia melibatkan pandemik COVID-19 akhirnya telah mengorbankan 2 nyawa dan kesemuanya adalah warga tempatan. Nampaknya pandemik ini semakin buruk yang melibatkan nyawa.
Kemaskini ini juga menunjukkan pertambahan kes baru sebanyak 120 kes yang mana 95 berkait kes kluster perhimpunan Sri Petaling dan 7 lagi sembuh menjadikan 49 keseluruhan telah sembuh setakat ini. Syabas pihak KKM.
Contents
2 Kes Kematian Pandemik COVID-19 Melibatkan Warga Tempatan
Kes Pertama
Kes Kedua
Nasihat Kesihatan Berkaitan COVID-19
- Mengamalkan tahap kebersihan yang optimum pada setiap masa, seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer)
- Mengamalkan etika batul (cough etiquette) yang baik iaitu menutup mulut dan hidung dengan tisu apabila batuk mahupun bersin, seterusnya membasuh tangan dengan serta merta.
- Segera mendapatkan rawatan jika mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti deman, batuk, selesema atau sakit tekak.
- Peserta perhimpunan tabligh akan diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian seksyen 15(1), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 untuk tempoh 14 hari dari tarikh akhir menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling atau kontak rapat kepada kes positif COVID-19 mengikut mana yang terkemudian.