Dikala tempoh PKP ini, pastinya ramai golongan yang terkesan disebabkan terpaksa berhenti kerja termasuklah juga penggiat seni. Oleh itu, Kerajaan telah mengumumkan insentif khas kepada penerbit filem tempatan.
Jika sebelum ini beberapa insentif telah diumumkan oleh Kerajaan bagi membantu pelbagai pihak kerana terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini yang sudah masuk ke fasa 3 yang berakhir pada 28 April 2020 ini.
Jadi selama tempoh itu, ada beberapa sektor sahaja dibenarkan untuk beroperasi dan sektor lain sebaliknya. Jadi antara sektor terjejas pastinya dalam industri kreatif dan seni. Anda tidak boleh keluar rumah, anda perlu menjaga penjarakkan sosial, elakkan mass gathering. Kebanyakkan perkara ini pastinya berlaku jika industri kreatif dan seni ini dibenarkan beroperasi.
Jadi selama itu, penerbit filem tempatan khususnya tidak boleh bekerja dan berkarya. Pastinya pendapatan juga terganggu. Susulan itulah, Kerajaan melalui Kementerian Komunikasi & Multimedia (KKMM) telah melaksanakan beberapa inisiatif bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.