Kerajaan Telah Umumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) Di Lahad Datu, Tawau, Kunak Dan Semporna

By Aiman San

Published On:

Follow Us

PKPDB di 4 daerah di Sabah bermula 29 September

Melalui kenyataan terbaru daripada Menteri Kanan Pertahanan, Kerajaan telah memutuskan melaksanakan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) secara pentadbirang di daerah Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna.

Perintah ini dikeluarkan seperti mendapat nasihat daripada Menteri Kesihatan selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan terdapat 1195 kes positif jangkitan COVID-19 di kawasan-kawasan ini bermula 1 hingga 27 September 2020.

Iklan Disini

Daripada jumlah rekod tersebut, Lahad Datu telah merekodkan 241 kes, Tawau (634 kes), Kunak (65 kes) dan Semporna dengan 255 kes.

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) Di Beberapa Daerah Sabah

PKPDB di daerah Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna secara pentadbiran ini akan berkuatkuasa mula 12.01 tengah malam ini, 29 September sehingga 12 Oktober 2020 (selama 14 hari) yang melibatkan seramai 962,661 orang penduduk.

Iklan Disini

PKPDB di 4 daerah di Sabah bermula 29 September

Iklan Disini

Pelaksanaan PKPDB ini bagi membendung jangkitan dan penularan COVID-19 dalam daerah tersebut serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh arahan ini.

Arahan PKPDB

Jadi selama tempoh ini dilaksanakan:

Iklan Disini

 1)  Semua penduduk tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPDB sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan

2)  Bukan penduduk dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke 4 daerah terlibat sepanjang tempoh TEMCO dikuatkuasa.

3)  Semua aktiviti perniagaan dihentikan kecuali premis barangan keperluan dan perkhidmatan (essentials) di 4 daerah terlibat

Iklan Disini

4)  Pengkalan Perubatan (Medical Base) akan dibuka di kawasan PKPDB

5)  Semua laluan keluar masuk PKPDB ditutup.

Iklan Disini

Jadi sepanjang tempoh arahan ini, PDRM, ATM, APM, REAL dan Pihak Berkuasa Tempatan dan pegawai diberi kuasa dan akan mengawal seluruh kawasan terlibat. Diminta juga penduduk diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama kepada petugas-petugas dari KKM dan pihak berkuasa.

Iklan Disini

Jika terdapat sebarang pertanyaan dan inginkan bantuan, boleh hubungi ibu Pejabat Polis Daerah :

  • Lahad Datu : 089-881255
  • Tawau : 089-752222
  • Kunak : 089-851222
  • Semporna : 089-782020

Sumber : MKN 

Iklan Disini

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment