Kelebihan Tidur Berpelukan Buat Pasangan Suami Dan Isteri

By Aiman San

Published On:

Follow Us
Kelebihan Tidur Berpelukan Buat Pasangan Suami Dan Isteri

Jika sebelum ini, suami isteri jarang sekali nak tidur berpelukan, mungkin sebab rasa rimas, panas atau apa juga alasan. Baik mulakan tidur berpelukan ini, mulai hari ini.

Ini kerana satu kaji selidik terbaru menunjukkan, pasangan suami-isteri yang tidur secara berpelukan setiap hari mendapat banyak kelebihan yang tersendiri.

Iklan Disini

Ia menambah keharmonian dalam rumah tangga serta menjalin hubungan perasaan dan perkongsian emosi antara suami isteri.Bahkan, sangat baik untuk kesihatan!

Kelebihan Tidur Berpelukan Bersama

Berikut antara kelebihan tidur berpelukan bersama pasangan;

Iklan Disini

1)  Mencegah Stress

Ketika tidur dengan seseorang yang anda cintai, ini boleh membantu meringankan fikiran dan mengurangkan tahap stres.

Iklan Disini

Apatah lagi jika akhirnya anda tidur berpelukan dan bercinta, manfaatnya boleh menjadi lebih dari itu.

Ini kerana pelukan dapat menghilangkan kesakitan dan membantu meningkatkan peredaran darah pada tisu-tisu lembut dalam tubuh badan.

Iklan Disini

2)  Menaikkan Kadar Hormon ‘Oxytocin’

Hormon oxytocin dikatakan juga sebagai hormon cinta. Apabila banyak hormon cinta dirangsang, maka bertambahlah kasih sayang dan ia dapat menghilangkan perasaan kesunyian atau kemarahan.

3)  Tidur Lebih Nyenyak

Jika anda sukar tidur, mintalah pasangan memeluk anda semasa tidur.

Kajian membuktikan, tidur berpelukan secara automatik membantu anda menyingkirkan masalah seperti sukar tidur (insomnia), merasa lebih relaks dan tidak memikirkan hal-hal lain dan membuatkan lebih cepat terlelap.

Iklan Disini

Katil Yang Lebih Selesa : Dapatkan katil dan tilam yang lebih bagi keselesaan bersama ketika tidur – DISINI

4)  Baik Untuk Jantung

Tidur di samping pasangan juga baik untuk kesihatan jantung anda. Oleh itu, anda rasa aman dan kehangatan menyebabkan jantung pada kelajuan normal, sehingga tidak menyebabkan ketegangan pada jantung anda.

5)  Bangun Penuh Bertenaga

Kebahagiaan tiada habis ketika bangun tidur, anda tetap melihat pasangan di samping anda. Malah, para pengkaji mendakwa, anda bakal merasakan tenaga positif yang melimpah dan bersemangat untuk bekerja.

Iklan Disini

Iklan Disini

6)  Panjang Umur

Sebuah kajian menunjukkan, seseorang yang berehat di samping pasangan yang dicintainya dapat membuatkan otak, jantung, dan organ lain bekerja secara santai.

Akhirnya, tanpa disedari perkara ini meningkatkan umur anda.

7)  Tanda Luahan Kasih Sayang

Akhir sekali, kelebihan tidur berpelukan bersama suami isteri dimana pelukan adalah tanda luahan kasih sayang antara suami dan isteri.

Iklan Disini

Ia memperbaiki hubungan yang retak dan menyuburkan kasih sayang antara suami isteri serta meningkatkan kepercayaan pada pasangan.

BACA : Tanda Jodoh Anda Sudah Dekat Menurut Islam

Semoga info inibermanfaat untuk pasangan suami isteri yang mungkin jarang lakukan perkara sedemikian. Hargailah pasangan masing-masing yang kita harap akan bersama untuk selamanya.

Iklan Disini
Iklan Disini

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment