Kebenaran Pelaksanaan Majlis Akad Nikah Secara Bersemuka Di Selangor Bermula 8 Mac 2021

By Aiman San

Published On:

Follow Us

Kebenaran Pelaksanaan Majlis Akad Nikah Secara Bersemuka Di Selangor Bermula 8 Mac 2021

Sehubungan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di Selangor mulai 5 Mac 2021, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membenarkan semula pelaksanaan majlis akad nikah secara bersemuka mulai 8 Mac 2021.

Negeri Selangor telah dilaksanakan PKP sejak awal Januari yang lepas. Jadi sejak itu, JAIS tidak membenarkan majlis akad nikah diadakan secara bersemuka sebaliknya di adakan secara atas talian atau sidang video. Bermula PKPB kelak, JAIS membenarkan semula secara bersemuka tetapi tertakluk kepada beberapa perkara yang telah ditetapkan.

Iklan Disini

Pelaksanaan Majlis Akad Nikah Secara Bersemuka Di Negeri Selangor

▶️  Pelaksanaan di lokasi berikut :

a.  Lokasi – Masjid/Surau Solat Jumaat/Surau :

i.  Had Kehadiran : 15 orang sahaja, tidak termasuk Penolong Pendaftar Perkahwinan (PPP) dan 2 orang saksi.

Iklan Disini

ii.  Jumlah Pernikahan : 2 pasangan pada sesi pagi dan 2 pasangan untuk sesi petang, atau jumlah yang dibenarkan oleh Ketua Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk

Iklan Disini

iii.  Hari dan waktu : Isnin hingga Ahad, 9 pagi hingga 5 petang

iv.  Majlis akad nikah hendaklah dilaksanakan di mana-mana ruang atau bahagian yang bersesuai di masjid/surau

Iklan Disini

v.  Jadual penggiliran pasangan perlu dibuat oleh PPP

b.  Lokasi – Rumah :

i.  Had Kehadiran : 20 orang sahaja, tidak termasuk PPP dan 2 orang saksi

Iklan Disini

ii.  Hari dan waktu : Isnin hingga Ahad, 9 pagi hingga 5 petang

c.  Lokasi – Premis berbayar :

Iklan Disini

i.  Had Kehadiran : 20 orang sahaja, tidak termasuk PPP dan 2 orang saksi

Iklan Disini

ii.  Hari dan waktu : Isnin hingga Ahad, 9 pagi hingga 5 petang

▶️   Jumlah pernikahan bagi setiap PPP adalah dihadkan kepada 10 pasangan setiap hari

▶️   Semua individu yang hadir hendaklah direkodkan kehadiran mereka, diambil suhu badan, memakai pelitup muka dan memastikan penjarakkan 1.5 meter antara satu sama lain

Iklan Disini

▶️   Pelaksanaan majlis akad nikah hendaklah mematuhi SOP Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara sepenuhnya.

Kebenaran Pelaksanaan Majlis Akad Nikah Secara Bersemuka Di Selangor Bermula 8 Mac 2021

Kebenaran Pelaksanaan Majlis Akad Nikah Secara Bersemuka Di Selangor Bermula 8 Mac 2021

Iklan Disini
Iklan Disini

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment