Kadar Bayaran Zakat Fitrah Seluruh Negeri 2022 & Cara Bayar

By Aiman San

Updated On:

Follow Us

 Setibanya bulan Ramadan, umat Islam yang cukup syarat selain amalan berpuasa, kita juga diwajibkan untuk membayar Zakat Fitrah.

Setiap bayaran zakat fitrah adalah diwajibkan bagi setiap individu di Malaysia dan kadar bayaran adalah berbeza mengikut negeri.

Bagi tahun 2022, ini setiap negeri telah mengeluarkan kadar bayaran zakat fitrah yang perlu dibuat.

Apa Itu Zakat Fitrah

Zakat Fitrah adalah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syara-syarat yang ditetapkan.

Iklan Disini

Syarat Wajib Dan Hukum Zakat Fitrah

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah :

  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungangannya pada malam dan pagi hari raya
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadan dan hidup selepas terbenam matahari
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan dan berkekalan Islamnya
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadan

Waktu Menunaikan Zakat Fitrah

Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5 iaitu :

Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir Ramadan sehingga terbit matahari satu Syawal

Waktu Afdal
Sebelum sembahyang Hari Raya

Waktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadan

Iklan Disini

Waktu Makruh
Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal

Waktu Haram
Selepas terbenam matahari satu Syawal

Kadar Zakat Fitrah Tahun 2022

Kadar Zakat Fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

Berikut merupakan senarai kadar Zakat Fitrah untuk tahun 2022 mengikut negeri

Iklan Disini
NegeriKadar Bayaran Tahun 2022
PerlisRM7.00
KedahRM7 / RM14 / RM21
Pulau PinangRM7 / RM12 / RM16
PerakRM7 / RM14 / RM21
SelangorRM7 / RM14 / RM21
N. SembilanRM7.00
MelakaRM7
JohorRM7 / RM10
PahangRM7.00
TerengganuRM7.00
KelantanRM7 / RM14 / RM21
SarawakRM7.00
SabahRM7.00
Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
Putrajaya
Labuan
RM5 / RM7 / RM14

*Negeri-negeri yang mempunyai lebih kadar bayaran Zakat, pembayar boleh memilih kadar zakat yang sepadan dengan harga beras yang menjadi makanan ruji harian

Iklan Disini

Cara Bayar Zakat Fitrah

Umat Islam boleh membayar Zakat Fitrah kepada amil yang dilanti dan dapatkan resit bayaran yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri.

Selain itu, anda juga boleh lakukan pembayaran Zakat Fitrah secara online melalui pelbagai aplikasi yang disediakan antaranya perbankan online seperti Maybank2u, JomPay, aplikasi Shopee dan banyak lagi.

Portal Zakat Negeri juga menyediakan perkhidmatan pembayaran online yang boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja sepanjang Ramadan. Berikut pautan yang disediakan:

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment