Johor hari ni benarkan solat Jumaat dan solat Aidil Fitri bersyarat sepanjang PKPB seperti yang dikongsikan di Jabatan Mufti Johor.
Johor mengumumkan Solat Jumaat dan Solat Aidil Fitri boleh diadakan tetapi bersyarat iaitu hanya dibenarkan 12 orang sahaja dalam satu-satu masa di masjid atau surau di Johor. Jika sebelum ini, hanya 3 orang sahaja dibenarkan bersolat jemaah dan tarawih masjid Johor iaitu Iman, Bilal dan Noja (Siak) sahaja.
Jadi bermula 15 Mei 2020, solat Jumaat di masjid dan surau Jumaat dalam Negeri Johor dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dibenarkan . Walaupun bagaimanapun, pelaksanaannnya adalah terhad kepada 12 orang Jemaah sahaja. Ianya terdiri daripada Imam 1, Imam 2, Bilal, Noja dan 8 orang AJK Masjid yang digilirkan. Manakala ahli Qariah lain hendaklah menunaikan Solat seperti biasa di rumah masin-masing sebagai ganti Solat Jumaat.