Baru-baru ini telah viral satu surat dimana sepertinya kanak-kanak menulis kepada Tok Imam, Pengerusi dan semua AJK Surau. Dimana ianya berlaku, tidak diketahui lagi. Surat berkenaan adalah luahan perasaan seorang kanak-kanak apabila adik tersebut tidak dibenarkan untuk solat di barisan hadapan ketika solat di surau tersebut.
Surat yang ditulis oleh adik Nadzrul Zarfan bin Sharul Azry bin Kasim bin Mat itu bukan sahaja meluahkan perasaan kecewa tetapi mempersoalkan kenapa ada jemaat atau qariah masjid tidak membenarkan adik tersebut solat di saf pertama walaupun adik tersebut telahpun bersunat.
![]() |
Surat asal |
Jadi seleaps surat ini viral di media sosial baik facebook dan twitter, akhirnya telah mendapat perhatian SS Mufti Wilayah, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Beliau telah menjawab permasalahan daripada surat tersebut di laman twitter beliau. Meskipun sebenarnya telahpun di ulas Bayan Linnas Siri ke-63: Masjid Dan Kanak-Kanak
Contents
Boleh Ke Kanak-Kanak Duduk Di Saf Hadapan Ketika Solat Berjemaah
Keadaan Saf Mengikut Bilangan Makmum Dan Jantinanya
- Jika imam bersama dengan dna orang / lebih dari makmum lelaki, / belakang imam terdapat seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak maka keduanya berada dalam satu saf di belakang imam
- Sekiranya seorang imam diikuti oleh dua orang makmum lelaki dan seorang perempuan, maka kedua orang lelaki tersebut berada dalam satu saf di belakang imam manakala perempuan tersebut berada di belakang keduanya.
- Dalam keadaan ramainya makmum lelaki berserta perempuan dan juga kanak-kanak bersama imam maka kedudukan para makmum lelaki adalah di saf pertama atau kedua-dua saf yang paling hampir dengan imam. Kemudian kanak-kanak berada di belakang mereka.
Manakala terdapat suatu pendapat di sisi para fuqaha bermazhab Syafie yang mengatakan bahawa diletakkan di antara dua orang lelaki dewasa itu seorang kanak-kanak supaya dia dapat mempelajari pergerakan-pergerakan solat. (Lihat Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 27/36-37)
Cadangan Daripada SS Mufi Wilayah Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
- Jika kanak-kanak teramat kecil dan susah untuk di jaga serta mengganggu Jemaah, maka aulanya tidak di bawa ke masjid.
- Jika kanak-kanak tidak mengganggu namun dibimbangi oleh kedua ibu-bapa akan keadaannya, maka boleh diletakkan di sebelah ibu-bapanya. Saya syorkan dalam keadaan sebegini, ibu-bapa untuk bersolat di tepi dinding (hujung saf) dan diletakkan anaknya itu dihujung sekali.
- Jika kanak-kanak mampu berdikari, aulanya diletakkan di saf kanak-kanak. Tetapi kanak-kanak tersebut telah berada di saf pertama sejak awal, tidak perlu menghalau mereka ke belakang.
- Sayugia juga wujudnya penyelia yang mengawasi dan membimbing kanak-kanak di dalam saf dan solat mereka agar kanak-kanak dapat melakukan solat dengan sebaik mungkin.
alhamdulillah sungguh bagus anak ini. sejuk perut ibu mengandungkan dan mendidik beliau ^_^