
Berita baik untuk anda yang mungkin travel ke Jepun pada Julai 2020 ini dimana Japan Airlines (JAL) akan menawarkan tiket penerbangan secara percuma kepada pelancong antarabangsa bagi penerbangan domestik di Jepun sempena Win A Trip with JAL Campaign.
Kempen ini adalah sebahagian daripada You Japan 2020 Campaign yang akan dilancarkan pada tahun 2020 oleh Agensi Pelancongan Jepun dan Pertubuhan Pelancongan Kebangsaan Jepun (JNTO).
Tawaran ini dibuka kepada semua pelancong antarabangsa sahaja dan menawarkan sehingga 100,000 tiket percuma bagi penerbangan domestik iaitu daripada AirportTokyo (Haneda) dan Osaka (Itami/Kansai). Jadi jika anda menang tiket ini, anda akan terbang bermula daripada airport-airport ini sahaja kemana-mana airport domestik di Jepun.
Contents
Syarat Memenangi Tiket Kapal Terbang Percuma Daripada Japan Airlines
Syarat Permohonan
- Anda bukan tinggal di Jepun dan passport anda bukan dikeluarkan oleh kerajaan Jepun. Jadi orang Malaysia, sangat-sangat layak la nak masuk kempen Win A Trip ni
- Telah bercadang akan melancong ke Jepun pada Julai hingga September 2020
- Mesti menjadi ahli JAL Mileage Bank. Walaubagaimanapun, mereka yang berdaftar ahli di Jepun tidak layak.