Fenomena Supermoon sekali lagi akan berlaku sekali lagi iaitu kali ke empat dan juga merupakan kali terakhir pada tahun ini.
Anda boleh mula saksikan fenomena bulan purnama gergasi atau Super Flower Moon pada Khamis, 7 Mei 2020 iaitu pada jam 7.18 malam iaitu apabila bulan mula mendekati garisan cakerawala.
Jika sebelum ini, rakyat dunia telah melihat beberapa fenomena lain seperti kemunculan Worm’s moon dan paling terbaru adalah Pink Moon yang berlaku pada April yang lepas. Kini buat kali terakhir pada tahun ini, Super Flower Moon pula akan muncul.
Seperti yang dilaporkan oleh astroawani, perbezaan Super Flower Moon iailah aia akan kelihatan 14% lebih besar dan 30% lebih terang daripada bulan purnama biasa seperti yang dilihat. Mungkin anda akan nampak perbezaannya nanti.