Pihak PLANMalaysia baru-baru ini telah mengeluarkan senarai 10 bandar paling bahagia di Malaysia bagi tahun 2019. Pengumuman ini selari dengan sambutan Hari Kebahagian Sedunia 2020 yang disambut pada 20 Mac setiap tahun.
Sempena sambutan itulah PLANMalaysia telah menyenaraikan 10 bandar paling bahagia di Malaysia buat julung kali selepas membuat kajian mengikut kriteria bagi membuat pengukuran umum terhadap tahap kesejahteraan penduduk merangkumi tahap kesihatan dan kesejahteraan mental dan fizikal.
10 Bandar Paling Bahagia Di Malaysia Bagi Tahun 2019
- Yan, Kedah
- Taiping, Perak
- Serembang, Negeri Sembilan
- Jasin, Melaka
- Bandaraya Melaka Bersejarah
- Kulai, Johor
- Bentong, Pahang
- Kuantan, Pahang,
- Kuala Terengganu, Terengganu
- Jeli, Kelantan
14 Komponen Utama
- Tahap kehidupan dan kesihatan;
- Kebahagiaan bersama keluarga dan saudara-mara;
- Keseronokan bekerja;
- Pengurusan kewangan
- Hubungan dengan jiran;
- Aktiviti bersama komuniti;
- Keselamatan kawasan kediaman;
- Kemudahan awam dan infrastruktur asas yang disediakan;
- Perkhidmatan PBT dan pemimpin tempatan; dan
- Kualiti alam sekitar.