Persoalan ini biasanya akan timbul apabila tiba Syawal. Pasti ada yang tertanya-tanya, bolehkah niat puasa 6 Syawal dan puasa ganti dilakukan secara serentak? Ini bermaksud, anda gabungkan 2 ibadah dalam 1 masa. Ikuti penerangan daripada Mufti Wilayah berkaitan perkara ini.
Puasa 6 Syawal boleh diamalkan bermula 2 Syawal sehingga syawal yang terakhir sama ada secara terus ataupun berselang. Pensyariatan puasa enam hari pada bulan Syawal tsabit melalui hadith riwayat Muslim daripada Abu Ayub al-Ansari RA yang mana Rasulullah SAW telah bersabda:
Maksudnya: Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, ianya bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun.
Contents
Niat Puasa Sunat 6 Syawal
Jadi apasalahnya kita beri masa selama 6 hari untuk kita berpuasa lagi sebagai tanda menjadi hambar yang bersyukur. Cara niat puasa 6 syawal adalah seperti berikut:
Artinya, “Aku berniat puasa sunah Syawal esok hari karena Allah SWT.”
Disebabkan puasa syawal ini hanya boleh dilakukan dalam bulan syawal sahaja selama 29 atau 30 hari. Jadi sepertinya ianya terhad kerana mempunyai tempoh masa bukan. Mungkin ada individu yang teringatkan dengan puasa ganti pada Ramadan sebelum ini. Jadi ada yang bagi tahu, kena puasa ganti dahulu dan barulah puasa suant Syawal. Ada juga yang mengatakan boleh gabung niat secara serentak. Jadi mana 1 yang betul?
Niat Asing Puasa Ganti Dengan Puasa 6 Syawal
- Puasa ganti disebabkan tanpa sebarang keuzuran
- Puasa ganti disebabkan keuzuran yang dibenarkan
Tapi bagaimana pula jika ingin gabungkan niat puasa ganti dan puasa enam syawal? Ikuti penerangan daripada Jabatan Mufti Wilayah berkaitan jawapanya, adakah boleh niat puasa 6 syawal dan puasa ganti dilakukan secara serentak?
Bolehkan Niat Puasa 6 Syawal Dan Puasa Ganti Secara Serentak?
- Sekiranya ia adalah termasuk dalam wasilah atau perkara yang bercampur maka hukumnya sah. Terhasil apa yang dihajatinya daripada kedua ibadat tersebut. Misalnya, jika seseorang itu mandi junub pada Hari Jumaat untuk melakukan Jumaat dan juga mengangkat junub. Sesungguhnya junubnya terangkat dan pahala mandi jumaat tersebut pun terhasil. Walaupun salah satu daripada dua ibadat tersebut tidak diniatkan manakala yang lain pula diniatkan dengan zatnya maka sah himpunan atau gabungan tersebut dan tidak mencederakan ibadat tersebut misalnya solat tahiyyah masjid dilakukan berserta solat fardhu atau solat sunat yang lain.
- Adapun menghimpunkan atau gabung di antara dua ibadat yang diniatkan dengan zatnya seperti puasa qadha atau kaffarah, atau nazar berserta puasa sunat seperti puasa sunat 6 hari pada Bulan Syawal maka tidak sah tasyrik tersebut mengikut pendapat yang muktamad kerana setiap ibadat itu berasingan daripada ibadat lain yang diniatkan dengan zatnya dan tidak pula berada di bawah ibadah yang lain.
Kesimpulan
sumber : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan