IKEA Damansara Ditutup Disebabakn Ada Pekerja Yang Disahkan Positif COVID-19

By Aiman San

Published On:

Follow Us

IKEA Damansara Ditutup Disebabakn Ada Pekerja Yang Disahkan Positif COVID-19

IKEA mengumumkan hari ini, lokasi IKEA Damansara ditutup sementara kerana dilaporkan ada staf atau pekerja mereka yang disahkan positif COVID-19.

Pengumumkan ini dibuat menerusi kiriman di facebook rasmi IKEA Malaysia pada hari ini susulan ada pekerja dan pihak vendor disahkan jangkiti COVID-19 dalam sebuah saringan yang dibuat sebelum ini. 

Penutupan Sementara IKEA Cawangan Damansara

Tambahan lagi, IKEA cawangan Damansara akan ditutup sementara sehingga tarikh yang diumumkan kelak selepas mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Iklan Disini

Pihak IKEA akan terus bekerjasama dengan pihak berwajib bagi membandung masalah ini. Mereka akan terus melakukan langkah keselamatan seperti contact tracing, swab test, kuarantin kepada kontak rapat dan juga proses sanitasi. Jika ada pelanggan merupakan kontak rapat, pihak KKM akan menghubungi anda.

Jika anda keluar, pastikan anda ikuti segala SOP yang ditetapkan seperti imbas kod MySejahtera, sentiasa memaka facemask, kerap mencuci tangan dan amalkan penjarakan fizikal

Iklan Disini

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment