Ahli astronomi baru sahaja berkongsikan berkaitan imej atau gambar Matahari dengan resolusi tertinggi. Ianya telah diambil oleh Daniel K. Inouye Solar Telescope (DKIST) yang terletak Maui, Hawaii. Iany telah memberikan kita sebuah imej yang tidak pernah dilihat sebelum ini pada sebuah bintang iaitu Matahari.
Imej melalui solat teleskop tersebut menunjukkan permukaan matahari seperti rekahan di tanah gurun yang sebesar sebuah negeri Texas, Amerika Syarikat. Teleskop ini dapat memerhatikan struktur di permukaan matahari sekecil 18.5 batu (30 kilometer). Resolusi ini adalah lima kali lebih baik daripada teleskop sebelum ini, Richard B. Dunn Solar Telescope di New Mexico
“Sekarang kita telah dapat melihat butiran paling kecil pada sebuah objek yang terbesar di sistem solar kita,” – Kata Thomas Rimmele, pengarah DKIST
Imej Matahari Resolusi Tinggi Daripada DKIST
![]() |
via keith rajala |