Pada 26 Disember 2019 (Khamis), Malaysia khususnya telah mengalami fenomena yang jarang berlaku iaitu Gerhana Matahari Cincin. Katanya fenomena ini biasanya berlaku selepas 20 tahun sahaja. Dikhabarkan kali terakhir ianya berlaku pada 1998 iaitu di Mersing. Kali ini anda boleh lihat gerhana matahari cincin atau anulus di di Serian, Sarawak dan Tanjung Piai.
Tetapi di tempat lain iainya tetap berlaku gerhana matahari cuma tiada anulus sahaja. Jadi pada hari tersebut, akan berlaku dimana, kedudukan bulan, bumi dan matahari adalah selari. Bulan akan menutupi matahari sehingga ada kawasan akan bergelap buat seketika. Jadi pada hari tersebut, ramai la para warganet menaik gambar di laman sosial keadaan matahari menjadi bentuk sabit sabit buat seketika kerana bulan telah menghalang sebahagian pancaran sinar matahari ke bumi.
Kita sebagai umat Islam, disunatkan untuk lakukan solat sunat gerhana ketika fenomena ini berlaku sebagai tanda kesyukuran dengan nikmat yang Allah yang diberi serta kekuasaan yang ditunjukkan kepada hambaNya.
Selain keadaan gelap, matahari berbentuk sabit. Biasanya akan ada lagi kesan yang berlaku daripada gerhana matahari ini iaitu sebijil telur ayam mampu untuk berdiri jika diletakkan di permukaan lantai. Perkara lain tersebut, kita telah tahu akan faktanya tetapi bagi telur ayam ini, adakah betul hanya pada waktu gerhana sahaja, ianya mampu untuk menegak atau berdiri? Atau adakah ianya mitos semata?
Jadi dengan persoalan ini, muncul seorang pengkaji fizik, penulis buku iaitu Zamir Mohyedin yang telah menerangkan tentang kejadian ini di laman twitternya @zamirmohyedin. Jadi adakah ianya benar sebab gerhana atau mitos semata? baca penerangan beliau di bawah
Fenomena Telur Ayam Berdiri. Sebab Gerhana Atau Mitos?
Newton’s Law of Gravitation : F = MmG/r²
Jadi sebenarnya telur ayam ini boleh berdiri dan tegar bila-bila masa sahaja atas sebab struktur serta sains dan bukannya sebab fenomena gerhana matahari ini semata.
Buktinya? Paling mudah, anda boleh tengok rancangan variety terkenal Running Man episode 238. Anda boleh tonton di pautan ini. Ketika itu tidak berlaku gerhana pun. Tetapi mereka mampu untuk tegakkan atau dirikan telur ayam tersebut. Tapi pastinya sukar dan perlukan masa. Mungkin selepas ini anda boleh cuba pula di rumah.
![]() |
adegan daripada Running Man |
Ingat, ilmu sains itu juga ilmu Allah. Kejadian ini juga datang daripada Allah dan dibuktikan secara lebih terperinci daripada sains. Wallahualam
sumber : twitter zamirmohyedin