Anda mungkin rasa duit anda sudah banyak dan tak tahu nak beli apa lagi? Apa kata anda beli sebuah Pulau Persendirian. Tengok sini cara beli dan memiliki pulau idaman, Pulau Sendirian anda.
Di musim COVID-19 ini seluruh negara sedang mengalami serangan dan penularan pandemik tersebut. Di mana sahaja anda pergi, pasti ada kes yang dilaporkan di kawasan tersebut sehinggalah Kerajaan terpaksa mengadakan Lockdown atau perintah berkurung kepada semua orang. Jadi tempat tersebut tak selamat dah.
Jadi nak pergi mana untuk dapatkan tempat lebih selamat? Anda pergilah ke pulau yang tiada orang. Pulau yang belum lagi di diami oleh orang awam. Anda duduk di sana sehinggalah pandemik ini hilang atau sehingga vaksin ditemui.
Tapi takkan nak duduk pulau tu lama-lama yang pastinya bukan tempat kita. Nak jadikan ianya milik kita, senang je. Anda beli terus sebuah pulau dan jadikan Pulau Persendirian anda atau Private Island. Duduklah di sana sampai bila-bila.
Tapi pastikan anda mempunyak pendapatan yang banyak lah. Jika berminat, jom tengok cara nak beli pulau atau sewa untuk dijadikan Pulau Persendirian anda.
Jom Beli Pulau Persendirian
Jadi sebelum anda buat keputusan untuk membeli sebuah pulau, anda perlu titik beratkan jarak antara tanah besar dengan pulau tersebut (jauh ke tidak), utiliti yang disediakan, permit, kawasan sesuai dengan keadaan dan pastinya bajet anda.