Drama Bukan Syurga Pilihan Di Astro Prima

By Aiman San

Published On:

Follow Us
Drama Bukan Syurga Pilihan Di Astro Prima

Menyusuli Jesnita, drama Bukan Syurga Pilihan akan mengisi slot Tiara bermula 2 Januari 2023, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 6.00 petang menerusi saluran Astro Prima 105 dan secara online di Astro Go.

Drama bersiri 40 episod yang diinspirasikan dari novel Gantung karya AH Clans merupakan terbitan syarikat produksi MIG Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Ungku Ismail Aziz

Naskah ini menampilkan barisan pelakon seperti Ungku Ismail Aziz, Nadiya Nisaa, Azizah Mahzan, Fezrol Khan, Aishah Ilias, Fathil Dani, Ady Mohammad, Zarina Zainoordin, Nasz Sally, Mardiana Alwi dan ramai lagi.

Iklan Disini

OST Drama

Tajuk Lagu : Tersakiti
Penyanyi : Fai Ramli
Komposer : Archie Nasution
Produksi : KRU Music

Sinopsis Drama Bukan Syurga Pilihan

Drama Bukan Syurga Pilihan mengisahkan tentang kehidupan Tihani (Nadiya Nisaa) yang sedang hangat dilamun cinta bersama Zaid (Fezrul Khan) yang mana dia menjanjikan bahagia buat selamanya.

Iklan Disini

Janji manis ini dimungkiri apabila Zaid yang rupanya seorang kaki pukul melafazkan talak tiga kepada Tihani ketika mereka sedang gaduh.

Iklan Disini

Tihani kemudian didatangi Megat Ariff (Ungku Ismail Aziz) yang ingin meminangnya, tanpa mengetahui yang megat Ariff juga sedang melarikan diri daripada dikahwinkan dengan Sofea (Aishah Illias) iaitu gadis pilihan ibunya iaitu Dato’ Ilya (Azizah Mahzan).

Perkahwinan yang pada awalnya tiada apa-apa makna, kemudian dihadiri perasan cinta. Namun malang buat Tihani kerana perkahwinan kedua ini juga turut dipenuhi onak duri apabila mereka diganggu oleh Zaid dan Sofea yang merancang untuk menjatuhkan Tihani dengan pelbagai khianat.

Iklan Disini

Dalam mengejar kebahagiaan dalam hubungan perkahwinannya, Tihani sekali lagi terperangkap dalam kehidupan yang lebih sengsara apabila suaminya, Megat Ariff sendiri mempercayai fitnah mengenainya dan berubah menjadi kasar.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Bukan Syurga Pilihan bermula 2 Januari 2023, setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang di Astro Prima 105 dan Astro Go.

Drama Bukan Syurga Pilihan Di Astro Prima

Drama Bukan Syurga Pilihan Di Astro Prima

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment