Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) mengumumkan pemberian diskaun 70% bagi saman JPJ dan SPAD bermula 1 Ogos 2020 iaitu sempena Bulan Kemerdekaan.
Pemberian tawaran pengurangan pembayaran saman ini bersempena dengan bulan kemerdekaan yang disambut pada 31 Ogos setiap tahun. Jadi jika anda rasa anda mempunyai saman yang tertunggak berkaitan saman JPJ atau berkaitan saman Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mungkin inilah masanya anda langsaikan.
Sudah pastinya pengurangan pembayaran ini akan menggalakkan lebih ramai orang yang mempunyai tunggakan saman akan tampil untuk melangsaikan saman tersebut.
Contents
Diskaun 70% Bagi Saman JPJ Dan SPAD
Kes Mahkamah tidak termasuk dalam pengurangan 70% ini. alert-warning
Cara Semak Saman
- Pergi ke portal JPJ dan klik Semak Saman atau klik pautan ini www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-saman
- Kemudian masukkan pilihan carian antara No ID (Kad pengenalan) atau No ID dan No Kenderaan
- Masukkan butiran yang diperlukan dan klik Semak
- Segala butiran saman akan dipaparkan jika ada
Syarat & Terma
- Saman AES/ AWAS
- Saman kompaun Ops Musim Perayaan
- 7 Kesalahan utama:
- Tidak memakai topi keledar
- Tidak mematuhi lampu isyarat merah
- Tidak memakai tali pinggang keledar
- Menggunakan telefon bimbit semasa memandu
- Memotong sebelah kiri
- Memotong dan menggunakan lorong kecemasan
- Memotong di garisan berkembar
- dan saman kompaun yang lain