Hari ini, AirAsia telah menawarkan pas tanpa had bagi penerbangan dalam Malaysia. Dengan pas ini anda bebas untuk terbang beberapa kali anda mahu dalam tempoh lebih kurang 9 bulan seperti yang ditawarkan. ‘Fly As Many Times As You Want’
AirAsia Unlimited Pass Cuti-Cuti Malaysia merupakan inisiatif daripada syarikat tambang murah AirAsia tersebut untuk terbang bersama mereka dan bercuti di dalam negara. Sepanjang PKPP ini, rakyat Malaysia dibenarkan untuk melakukan aktiviti percutian domestik dengan SOP yang ditetapkan. Dengan usaha ini, pastinya dapat merangsang dan meningkatkan kembali industri pelancongan di Malaysia khususnya. Ingat, sempadan negara masih ditutup.
Contents
Pas Penerbangan Tanpa Had Daripada AirAsia
Cara Untuk Dapatkan AirAsia Unlimited Pass Cuti-Cuti Malaysia
Anda perlu tahu, harga RM399 ini tidak termasuk beberapa fi tambahan lain, Passenger Service Charge (PSC) iaitu RM11 dan Regulatory Service Charge (RSC) iaitu RM1 serta beberapa add-on yang lain.
Dengan Unlimited Pass AirAsia ini anda boleh terbang dimana-mana destinasi dalam negara seperti yang disenaraikan dibawah. Antaranya, Langkawi, Kuching, Sibu, Labuan, Kota Kinabalu, Johor Bahru, Kota Bharu dan banyak lagi.
Tidak kira lapangan terbang domestik yang anda pilih untuk terbang, pas tanpa had anda boleh digunakan untuk mulakan percutia Cuti-Cuti Malaysia anda.
Cara Tebus Pas Tanpa Had Dan Pembelian Tiket Penerbangan
- Anda perlu tempah tiket penerbangan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum terbang
- Hanya waktu yang menunjukkan 100% OFF sahaja dibenarkan untuk menggunakan pas ini
- Pas Tanpa Had anda akan terbatal jika lebih 3 kali anda tidak muncul selepas tempahan tiket telah dibuat
Langkah 3 : Klik pada bahagian My Purchases, kemudian pilih View Now AirAsia Unlimited Pass