Kepada pengguna pengangkutan awam, kini anda boleh dapatkan pas perjalanan tanpa had My30 selama 30 hari dengan harga RM30 sahaja daripada RapidKL. Secara ringkas, sehari seringgit bagi perbelanjaan perjalanan anda.
MY30 ini merupaka inisiatif daripada kerajaan melalui PENJANA yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri sebelum ini. Ini bagi merangsang semula ekonomi negara selepas beberapa bulan negara melalui fasa PKP disebabkan penularan pandemik COVID-19 yang melanda Malaysia.
Kalau sebelum ini, Kerajaan terdahulu ada menyediakan My50 dan My100 yang merupakan pas tanpa had juga sama seperti ini yang juga melalui RapidKL.
Tapi kali ini lebih murah melalui My30 tetapi ianya bertujuan merangsang ekonomi dan membantu rakyat sehingga pandemik ini selesai. Jadi ianya dapat digunakan dalam suatu tempoh yang ditetapkan sahaja.
Dapatkan MY30 Untuk Perjalanan Tanpa Had
Cara Melanggan pas My30
Untuk bulan seterusnya, jika anda ingin menggunakan lagi My30 ini, anda hanya pastikan baki tidak kurang daripada RM35 sahaja. Anda boleh teruskan penggunaan tanpa perlu pergi ke kaunter sekali lagi.
Untuk melanggan, anda boleh pergi ke mana-mana kaunter seperti yang disenaraikan dibawah:
- Semua stesen LRT
- Semua stesen MRT
- Semua stesen Monorel
- Semua stesen BRT
- Hab bas terpilih seperti:
- Pasar Seni
- Seksyen 2, Shah Alam
- Sri Nilam
- Greenwood
- Terminal Kajang