Pihak PDRM baru sahaja mengeluarkan borang ‘permit pergerakan PKP’ bagi tujuan pergerakan rentas negeri yang telah diumumkan sebelum ini. Selain itu, PDRM juga memperkenalkan aplikasi Gerak Malaysia versi 2.0 yang terbaru menggantikan aplikasi sebelum ini.
Jadi jika anda sudah muat-turun aplikasi versi 1.4 sebelum ini, anda hanya perlu update sahaja ke 2.0. Dapatkan maklumat berkaitan aplikasi Gerak Malaysia dan cara memohon seperti yang dikongiksn di pautan ini.
Aplikasi Gerak Malaysia
Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri sebelum ini, permohonan ini hanya dibenarkan kepada 2 golongan sahaja iaitu :
- Orang ramai yang terkandas di kampung atau tempat-tempat lain untuk pulang semula ke rumah masing-masing, dan
- Bagi mereka yang hendak kembali ke tempat kerja sahaja.
Borang Manual “Permit Pergerakan PKP”
- Memuat turun borang “Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)” di Media Sosial Rasmi PDRM (gambar di bawah),
- Mengisi borang tersebut dengan lengkap dalam dua (2) salinan,
- Menghubungi balai polis berhampiran bagi tujuan temu janji untuk penyerahan borang, dan
- Menghantar dua (2) borang yang telah lengkap di balai polis untuk proses kelulusan.
- Pergerakan untuk pulang dari Kuala Lumpur adalah pada 7 Mei 2020 (Khamis)
- Pergerakan untuk pulang dari Perak, Johor dan Kelantan adalah pada 8 Mei 2020 (Jumaat)
- Pergerakan untuk pulang dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang adalah pada 9 Mei 2020 (Sabtu)
- Pergerakan untuk pulang dari Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu adalah pada 10 Mei 2020 (Ahad).