Daging Import McDonalds Malaysia Bersijil Halal

By Aiman San

Published On:

Follow Us

Daging Import McDonalds Malaysia Bersijil Halal

Selepas Burger Ramly, pihak McDonalds Malaysia juga mengesahkan daging import mereka adalah berstatus halal dan diiktiraf oleh JAKIM.

Pihak McDonalds juga menggunakan daging import dan semua daging lembu tersebut diproses oleh pembekal sendiri, MacFood Services (M) Sdn. Bhd. yang mana ianya diimport secara langsung dari pusat penyembelian di Australia, New Zealand dan Brazil. Mereka tidak menggunakan orang tengah atau pihak ketiga seperti isu kartel daging tidak halal yang dikatakan sekarang.

Kenyataan Rasmi ini dikeluarkan sendiri oleh pihak McDonalds Malaysia dan dikongsikan di laman sosial mereka sebentar tadi.

Daging Import McD Bersijil Halal

Ditambah lagi, pusat-pusat penyembelihan yang disenaraikan tersebut adalah diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dan mempunyai Sijil Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Iklan Disini

Tidak cukup dengan itu, pembekal McD iaitu MacFood Services juga memenuhi syarat-syarat audit keselamatan makanan pihak ketiga yang lain seperti

  • British Retail Consortium Global Standard (BRC) yang memenuhi kriteria Inisiatif Keselamatan Makanan Global (GFSI)
  • Sistem Pengurusan Kualiti McDonalds (SQMS) yang merupakan standard global McDonalds bagi keselamatan dan pengesahan kualiti.

Audit ini merangkumi kebolehkesanan dan penipuan makanan yang mengkaji bahan mentah yang digunakan dan kepatuhan.

Iklan Disini

Selain itu, McDonalds juga mensyaratkan pusat-pusat penyembelihan mesti mematuhi program kesejahteraan haiwan dan keselamatan makanan seperti HACCP yang diaudit.

Iklan Disini

Jadi melalui kenyataan tersebut, usah risau lagi dengan status halal daging import yang digunapakai oleh pihak McDonalds Malaysia. Ianya HALAL dan boleh terus makan!

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment