Sebenarnya banyak ciri yang ramai tak tahu ada pada Twitter. Sekali gus ciri-ciri ini lebih memudahkan kita memaksimakan penggunaan Twitter itu sendiri.
Twitter merupakan salah satu medium media sosial yang terkenal di dunia dan juga di Malaysia. Jika pada 2018 sahaja lebih 7 juta pengguna yang aktif di Malaysia menggunakan platform Twitter ini. Sedikit sebanyak mengambarkan kita, ramai sebenarnya yang berminat untuk tweet atau membuat ciapan di disini.
Sebenarnya di Twitter terdapat banyak ciri-ciri yang kita tak tahu atau tak perasan yang boleh kita guna bagi mendapatkan lebih informasi dan juga memaksimakan penggunaan. Kebanyakkannya ciri ini tidak disediakan oleh pihak Twitter sendiri sebaliknya dicipta daripada pihak-ketiga untuk memudahkan kita.
Sebagai contoh, di Twitter sebenarnya anda boleh download video yang ada di dalamnya. Anda boleh dapatkan reminder kepada tweet yang anda rasa nak baca kemudian atau anda nak cari Tweet yang mempunyai banyak Retweet.
Jadi disini, anda boleh lihat 5 ciri Twitter yang ramai yang tidak tahu dan sekali gus lebih memudahkan kita untuk terus bersama Twitter.
Contents
5 Ciri Yang Ramai Tak Tahu Ada Pada Twitter
Ciri atau fungsi ini kebanyakkannya boleh dibuat menggunakan smartphone sama ada Android mahupun iPhone. Kita rakyat Malaysia mungkin menghabiskan masa dengan memegang phone je kan. Ianya bagus kalau ke arah kebaikkan.
#1. Cari Tweet Lama Dengan Mudah
Kalau kita sudah daftar akaun Twitter sejak 2010 dan kita tweet hampir setiap hari, mungkin tahun 2020 ni, jumlah tweet kita sudah capai 50,000 – 70,000 tweet. Semua tweet kita tidak akan hilang, jangan risau. Tapi tiba-tiba kita nak cari tweet lama kita dalam 50k tersebut. Untuk cari secara manual, sudah tentu takkan jumpa punya apatah lagi tweet minggu lepas kan.
Tapi jangan risau, sebenarnya ada cara untuk dapatkan semula tweet lama tersebut dengan mudah. Anda boleh guna aplikasi Twitter sahaja. Caranya adalah seperti berikut:
taip dibahagian search pada bahagian atas
from:username<jarak>katakunci
contoh : from:shopeeMY beli
Kemudian akan dikeluar senarai tweet anda yang mempunyai perkataan ‘beli’. Anda juga boleh masukkan username akaun lain juga. Boleh cari tweet daripada akaun twitter pengguna lain juga. Tidak kiralah tweet tahun bila pun, kesemuanya akan ditunjukkan
#2. Buat Reminder Bagi Mana-Mana Tweet Yang Kita Mahu
#3. Baca Quoted Reply Pada Mana-Mana Tweet
Jika sudah selesai download, anda hanya perlu pergi ke mana-mana tweet dan tekan butang share dan pilih Share Tweet via…
Kemudian cari pilihan Quoted Replies dan tekan. Akhirnya pilih View quoted replies to tweets
Selepas itu, Twitter akan senaraikan kesemua Quoted Replies yang ada daripada pengguna-pengguna lain juga.
#4. Download Video Di Twitter Dengan Mudah
Jika sudah selesai, anda pergi ke mana-mana tweet yang mempunyai video untuk anda download.
Anda tekan butang share dan pilih Share Tweet via…
Kemudian cari dan pilih Quoted Replies (Download Twitter Videos)
Sudah selesai. Anda hanya perlu tunggu sahaja video tersebut siap download dan video tersebut akan terus masuk ke dalam gallery phone anda.
#5. Mencari Tweet Yang Banyak Retweet Atau Liked
Seterusnya anda boleh cari tweet yang mempunyai banyak Retweet berdasarkan keyword yang anda tentukan. Sebagai contoh, anda nak dapatkan tweet banyak RT yang mempunyai perkataan ‘promosi’. Caranya seperti berikut:
Taip dibahagian search bar bagi Retweet :-
min_retweets: XXX<jarak>keyword
XXX merupakan jumlah minimum retweet yang anda ingin peroleh
min_retweets: 100 makan
Taip dibahagian search bar bagi Favorites :-
min_faves: 100 minum
Dengan adanya ciri dan fungsi ini, banyak yang boleh kita buat dan memaksimakan penggunaan Twitter kan. Sepertinya boleh ganti Google sebagai search engine mungkin di masa hadapan. Jadi harap ciri yang ramai tahu ada pada Twitter ini, kini sudah diketahui oleh ramai orang.
Kongsikan artikel ini di laman sosial supaya lebih ramai lagi dapat manfaat menerusi perkongsian ini. Jangan lupa juga follow Twitter kami @oranghello