Cara Tuntut Bantuan Khas RM5K Daripada NADMA Kerana Meninggal Dunia Sebab COVID-19

By Aiman San

Published On:

Follow Us

Cara Tuntut Wang Ehsan RM5K Daripada NADMA Kerana Meninggal Dunia Sebab COVID-19

Mungkin ramai yang tidak tahu, sebenarnya mereka yang meninggal dunia akibat COVID-19, waris boleh tuntut wang ehsan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

NADMA ada menyediakan Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 sebanyak RM5000 secara one-off kepada waris. Ianya melibatkan kematian akibat COVID-19 atau kematian dengan COVID-19.

Bantuan ini diberi untuk waris bagi mengurangkan bebanan mereka kerana mungkin yang meninggal dunia tersebut adalah ketua keluarga. 

Sedikit sebanyak bantuan ini dapat membantu ahli keluarga yang lain untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Iklan Disini

Menurut laporan sinarharian, permohonan yang telah diterima oleh pihak NADMA adalah sebanyak 1,232 akan tetapi kematian yang dilaporkan kini sudah melebihi 7,000. 

Jadi waris dipohon untuk segera datang ke NADMA bagi menerima bantuan khas ini.

Syarat-Syarat Kelayakan

Hanya pengesahan kematian berkaitan COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sahaja terpakai untuk pengesahan bantuan khas ini.

Iklan Disini

Selain itu, ianya hanya melibatkan kematian berkaitan COVID-19 bagi warganegara Malaysia sahaja akan diberi bantuan khas ini melalui permohonan waris si mati.

Hanya satu waris sahaja yang layak menerima bantuan khas ini. Sekiranya terdapat lebih satu permohonan daripada waris-waris si mati, NADMA hanya akan mempertimbagkan permohonan pertama sahaja.

Cara Memohon

Waris perlu mengisi borang permohonan dan memastikan dokumen-dokumen lengkap. Permohonan dan dokumen yang tidak lengkap akan ditolak.

Antara borang terlibat:

Iklan Disini
Iklan Disini

  • Borang permohonan (lampiran A) yang disahkan oleh hospital yang memaklumkan kematian berkaitan COVID-19
  • Salinan sijil kematian
  • Salinan kad pengenalan pemohon (waris si mati)
  • Salinan penyata bank waris (yang masih aktif)

borang bantuan khas covid-19 nadma

Download asal borang disini

Selepas lengkap semua borang ini, waris boleh hantar melalui pos/ email/ whatsapp ke NADMA

Email : bkcovid19@nadma.gov.my

Iklan Disini

Whatsapp : 011-1332 8056

Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya
(u.p. : Sekretariat KWABBN)

Iklan Disini

Keadah Pembayaran

Bayaran bantuan kas akan dibuat secara Bank Transfer (Electronic Fund Transfer, EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.

sumber : NADMA

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment