Cara Tonton Drama Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah Secara Online Full Episod Hingga Akhir

By Aiman San

Published On:

Follow Us

Cara Tonton Drama Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah Secara Online Full Episod Hingga Akhir

Peminat drama melayu pastinya tidak sabar-sabar untuk menonton drama Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah terbaru yang akan disiarkan menerusi slot Akasia di TV3.

Tetapi bagi anda yang tidak berkesempatan untuk menonton di tv, anda masih boleh saksikan drama bersiri ini secara striming online.

{tocify} $title={Table of Contents}

Iklan Disini

Contents

Iklan Disini

Sinopsis Drama Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah

Dania terlanjur dengan teman lelakinya, Qabil dan mendapati dirinya telah mengandung. Dania meminta Qabil bertanggungjawab tetapi Qabil hanya anggap Dania bergurau, dan seterusnya menghilangkan diri.

Ayah Dania, Datuk Safuan mahu Dania menggugurkan kandungannya kerana menganggap kehamilan Dania bakal memusnahkan impiannya yang sedang sibuk berkempen jawatan presiden persatuan niaga.

Ibunya, Datin Kay bertindak menyembunyikan Dania di Wadi Safiyyah, pusat perlindungan gadis bermasalah. Tanpa diduga, pusat tersebut dimiliki oleh ibu bapa Qabil. Dania mula mendapat ketenangan di Wadi Safiyyah dan menyerahkan cintanya kepada Allah.

Iqbal pulang ke Wadi Shafiyyah dan menjadi perhatian penghuninya terutama Nora dan Sheera. Adik angkat Iqbal, Ustazah Umairah juga gembira dengan kepulangannya. Umairah memang mencintai Iqbal dan meletakkan harapan selepas tunang Iqbal, Siti Aisyah meninggal dunia.

Haji Mukri menyerahkan tugas mengendalikan Wadi Shafiyyah kepada Iqbal. Di situ, Dania berjumpa dengan Iqbal tanpa mengetahui dia adalah adik kandung kepada Qabil. Iqbal terkejut kerana wajah Dania selepas mengenakan tudung mirip dengan arwah tunangnya.

Iklan Disini

Iqbal mula menumpukan perhatian kepada Dania dan ia menimbulkan ketidakpuasan hati Ustazah Umairah. Beberapa bulan kemudian, Qabil pula muncul di Wadi Safiyyah. Apakah yang bakal terjadi antara Dania, Iqbal dan Qabil?

Cara Tonton Drama Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah Secara Online Full Episod Hingga Akhir

Barisan Pelakon

Antara nama-nama pelakon yang terlibat dalam drama ini seperti Rita Nadira, Aniq Suhair, Aidit Noh, Zamarul Hisham, Mas Anizan, Ezany Nizariff, Azza Elite, Lydiawati, Zulkifli Ismail, Iman Aneesa, Natasha Azizan dan ramai lagi.

Cara Tonton Secara Online

Drama Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di slot Akasia TV3 bermula pada 9 Januari 2024. Boleh juga tonton secara online di Tonton.

Selain itu, bagi anda yang terlepas untuk menonton di tv, drama ini juga akan disiarkan menerusi aplikasi iQIYI. Bagi pengguna VIP, anda boleh tonton sejurus selepas habis tayangan di TV3 manakala pengguna lain boleh menonton secara percuma selepas 48 jam.

Iklan Disini

Cara Tonton Drama Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah Secara Online Full Episod Hingga Akhir

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment