Bagi yang terkesan pendapatan disebabkan pandemik COVID-19 baru-baru ini, anda boleh mohon bantuan Khas COVID-19 daripada NADMA, RM100 sehari yang dibuka sehingga 31 Ogos 2020.
NADMA merupakan sebuah Agenci Pengurusan Bencana Negara dibawah Jabatan Perdana Menteri. Jadi ianya bertujuan untuk pengurusan bencana secara menyeluruh meliputi peringkat sebelum, semasa dan selepas berlaku sesuatu bencana. Jika sebelum ini, negara kita dilanda pandemik COVID-19 yang sangat hebat sehingga keluar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kesan daripada itulah, segala premis perniagaan dan pekerjaan dihentikan kecuali yang penting sahaja. Sebab itu jugalah, banyak kedai gulung tikar, pekerjaan hilang, tiada sumber pencarian, tiada pendapatan dan sebagainya.
Jadi dengan itulah NADMA tampil untuk membantu golongan-golongan ini bagi meneruskan kehidupan sehingga mereka berjaya peroleh pekerjaan semula. Bantuan Khas COVID-19 ini diwujudkan untuk membantu mereka.
Pihak NADMA akan menyalurkan RM100 sehari sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded).
Bantuan khas ini hanya akan diberikan sekali sahaja (one-off) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.
Jika berkelayakan, anda boleh mohon segera!
Contents
Cara Mohon Bantuan Khas COVID-19 Dariapda NADMA
Syarat Permohonan
Pemohon Yang Tidak Layak
Bantuan Khas COVID-19 Daripda NADMA
Bantuan Khas COVID-19 ini dibuka sehingga 31 Ogos 2020. Anda perlu memohon secara manual dengan hantar borang kepada pihak NADMA sendiri. Anda perlu download atau muat-turun dokumen-dokumen (Lampiran A, B, C) yang diperlukan di laman web http://nadma.gov.my atau klik pautan dibawah
- Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 (Lampiran A)
- Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B)
- Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C) *jika tiada akaun bank
Dokumen Yang Diperlukan
- Bagi pemohon yang di bawah perintah Pengawasan dan Pemerhatian
- Salinan Borang Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang telah disahkan oleh KKM; dan
- Salinan Borang pelepasan dari menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah kediaman bagi kontak jangkitan Covid-19 di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342);
- Bagi pemohon yang menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat Covid-19 (warded)
- Sijil Cuti Sakit yang dikeluarkan oleh Hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat Covid-19.