YTL Foundation berbesar hati ingin memberi telefon percuma dengan data internet kepada golongan B40 bagi meneruskan sesi belajar dari rumah.
Jika sebelum ini, YTL Foundation juga ada menyediakan kad sim percuma bersama 40GB data hasil daripada kerjasama YES dan FrogAsia khas untuk golongan pelajar yang memerlukan. Jika anda memerlukannya, anda boleh buat permohonan di pautan Plan Data Percuma.
Tidak cukup dengan itu lagi, sekali lagi YTL Foundation tampil memberikan yang terbaik kepada murid bagi menggalakan duduk dan belajar di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung.
Selain itu juga, Kerajaan juga telah mengumumkan setakat ini, semua sekolah tidak akan dibuka jika krisis COVID-19 ini tidak pulih kepada yang lebih baik. Supaya murid-murid dijamin keselamatan dan kesihatan mereka sehinggalah dimaklumkan sekolah boleh dibuka dengan selamat.
Telefon pintar percuma ini dilengkapi dengan:
- Data 120GB (10GB data sebulan bagi tempoh 12 bulan)
- Panggilan suara selama 60 minit ke nombor rangkaian lain, selain YES sebulan bagi tempoh 12 bulan
- Panggilan suara dan sms tanpa had ke talian nombor YES
- Sekiranya memerlukan lebih data dan panggilan suara, tambah nilai boleh dilakukan di aplikasi MyYes4G
Contents
Cara Memohon Telefon Percuma Dengan Data Daripada YTL Foundation
- Sesiapa sahaja boleh mencalonkan murid untuk menerima telefon percuma dengan data di www.ytlfoundation.org/learn.
- Ibubapa pelajar akan dimaklumkan sekiranya pencalonan tersebut berjaya dan ibubapa kemudiannya perlu mengemukakan pendaftaran untuk telefon percuma dengan data 120GB (10Gb sebulan/selama 12 bulan)
- Kriteria:
- Pelajar yang dicalonkan mestilah terdiri daripada mereka yang bersekolah di sekolah kebangsaan sama ada di peringkat rendah atau menengah.
- Pelajar tersebut mestilah tergolong dalam keluarga B40
Cara Memohon
- Dapatkan kebenaran daripada ibubapa murid yang hendak dicalonkan dan kumpulkan maklumat berikut:
- Nombor MyKid/MyKad murid
- Nombor MyKad Ibubapa
- Status B40 ibubapa daripada portal Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
- Untuk mendapatkan status B40 ibubapa, sila pergi ke bpn.hasil.gov.my, masukkan nombor kad pengenalan ibubapa, kemudian klik ‘Semak’
- Untuk mengesahkan bahawa murid tergolong dalam keluarga B40, status penerimaan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ibubapa haruslah tertera sebagai LULUS dengan jumlah bantuan bernilai RM1,600.
Jika Pencalonan Berjaya
- Salinan MyKad/MyKid murid
- Salinan MyKad ibubapa
Untuk ketahui lebih lanjut berkaitan sim kad 40GB dan telefon bimbit percuma bersama data dengan layari pautan FAQ YTL Foundation disini.