Selangor ada mengumumkan program subsidi bagi anak muda Selangor melalui bantuan Inisiatif Darul Ehsan, RiDE seperti yang diumumkan di dalam Pelan Pemulihan Ekonomi Selangor 2020 pada 13 Julai yang lepas.
Apa itu RiDE?
RiDE adalah singkatan daripada Inisiatif Roda Darul Ehsan yang merupakan satu program baharu Kerajaan Negeri Selangor pada tahun ini untu anak muda Selangor. Secara ringkas, ianya merupakan subsidi bagi mereka yang telah mempunyai Lesen Motosikal B2 pada tahun 2020.
Disebabkan pandemik COVID-19, khususnya berlaku di Selangor, pastinya ramai ramai terkesan mata pencarian terutamanya anak muda yang berada di dalam sektor penghantaran yang menggunakan motosikal.
Penerima subsidi berpeluang mengikuti latihan dan peluang pekerjaan di sektor berkaitan gig ekonomi yang akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Selangor.
Contents
Inisiatif Roda Darul Ehsan, RiDE Untuk Anak Muda Selangor
Melalui program ini, pemohon yang berjaya akan menerima subsidi seperti berikut :
- Subsidi Lesen B2 = RM350
- Kursus E-Hailing = RM200
- Caruman Perkeso (1 tahun) = RM70
Syarat-Syarat Permohonan RiDE
- Terbuka kepada anak jati Negeri Selangor atau bermastautin melebihi 10 tahun;
- Pemohon mestilah berumur antara 17 hingga 30 tahun sahaja;
- Pemohon mestilah mempunyai Lesen Memandu Motorsikal B2 bagi tempoh Januari hingga Disember 2020 dan Lesen Tunggal sahaja iaitu peserta tidak mempunyai sebarang jenis lesen memandu kenderaan bermotor sebelum membuat permohonan;;
- Permohonan ini layak bagi mereka yang tidak bekerja. Manakala bagi yang bekerja, pendapatan hendaklah tidak melebihi daripada RM2,000.00 sebulan.
- Pemohon mesti bebas daripada senarai hitam dan saman oleh pihak JPJ atau PDRM. Sekiranya ada perlu menjelaskannya terlebih dahulu.
- Salinan Kad Pengenalan
- Slip gaji bagi yang bekerja atau kad pelajar bagi yang sedang belajar
- Bagi pemohon OKU, calon perlu mengemukakan Salinan Kad OKU.