Selama ini, adakah betul dan sempurna mandi wajib anda? Oleh itu, singkirkan keraguan anda tersebut dengan ketahui cara mandi wajib mengikut sunnah yang dikongsikan ini.
Dalam Islam, hukum mandi setelah keluar air mani, habis haid, nifas atau wiladah adalah wajib ke atas orang Muslim untuk membersihkan diri daripada hadas besar. Mungkin tanpa anda sedar, langkah mandi wajib ini menjadi permulaan paling penting kepada kesempurnaan setiap ibadah yang ingin dilakukan. Mandi wajib atau mandi junub yang tidak sempurna akan menjejaskan kualiti ibadah yang anda lakukan setiap hari, terutamanya solat.
Sebelum melakukan mandi, anda perlu tahu adalah ianya mesti dikerjakan dengan air mutlak iaitu air yang suci lagi menyucikan. Jadi tidak ada masalah jika anda menggunakan air paip di rumah anda sahaja.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan garis panduan untuk mandi wajib yang sempurna yang pernah ditunjukkan Nabi Muhammad SAW. Berikut adalah panduan dan cara mandi wajib mengikut sunnah yang sempurna yang boleh digunakan oleh wanita mahupun lelaki.
Contents
Cara Mandi Wajib Mengikut Sunnah
1. Niat
Mulakan niat ketika air sampai atau menyentuh bahagian tubuh pertama semasa mandi. Niat mandi tidak perlu dilafaz. Cukup sekadar menyatakan di dalam hati.
2. Membaca Bismillah
3. Mencuci kedua-dua pergelangan tangan sebanyak 3 kali
4. Mencuci kemaluan menggunakan tangan kiri
5. Membersihkan tangan sekali lagi dengan sabun
6. Berwuduk sempurna seperti biasa
7. Basuh Kepala
Membasuh kepala dengan mengusap rata seluruh rambut, kemudian menyiramnya dengan 3 kali curahan air menggunakan kedua-dua tangan. Langkah ini adalah berdasarkan hadis daripada Aisyah RA dalam Sahir al-Bukhari iaitu :
Ketika menyiram kepala, hendaklah dimulakan dengan bahagian kanan, diikuti dengan bahagian kiri. Hal ini berlandaskan hadir Aisyah RA yang bermaksud:
Bagi kaum wanita yang ingin mandi haid atau junub, perlulah melepaskan ikatan rambut. Hal ini berdasarkan hadis Aisya RA dalam Sahih al-Bukhari, di mana beliau datang haid ketika menunaikan haji. Lalu baginda Rasulullah SAW berkata:
8. Mulakan Daripada Kepala Hingga Ke Kaki
Memulakan basuhan (alirkan air) daripada kepala hingga ke kaki dengan mendahulukan bahagian kanan tubuh, diikuti dengan bahagian kiri tubuh. Menurut Aisyah RA:
Hanya perlu mengalirkan air ke seluruh tubuh sebanyak satu kali, namun jika ada kemudahan air yang lebih, diharuskan untuk melakukannya sehingga 3 kali (hukumnya sunat). Tetapi makruh hukumnya jika melebihi 3 kali basuhan, kerana dikira sudah membazirkan air.
9. Ratakan Air
Meratakan air ke seluruh tubuh dan sunat hukumnya untuk menggosok lembut seluruh tubuh. Diharuskan menggunakan wangian (sabun) semasa anda mandi.
10. Berwuduk
Berwuduk jika hendak mengerjakan solat kemudiannya (jika wuduk awal tadi sudah terbatal kerana menyentuh kemaluan semasa mandi)
Perkara Sunat Yang Boleh Dilakukan Ketika Mandi Wajib
- Menghadap kiblat ketika mandi, tetapi aurat mestilah ditutup – bermakna perlu memakai kain basahan
- Meninggalkan bercakap-cakap sepanjang mandi