Anda ingin dengar video Youtube sambil skrin di tutup? Ikuti tips dan cara mainkan video Youtube tanpa menggunakan aplikasi tambahan bagi pengguna iPhone dan juga pengguna Android. Tips yang mudah sahaja.
Anda mungkin berminat untuk mendengar lagu, dengar ceramah, podcast, tutorial yang ada di Youtube. Tetapi dalam masa yang sama, anda ingin buat kerja lain di aplikasi lain. Mungkin nak dengar lagu sambil main facebook, twitter dan sebagainya.
Secara asasnya, anda tidak boleh mainkan 2 aplikasi serentak; anda tak boleh dengar lagu daripada Youtube sambil layan Twitter. Anda kena bukan Youtube sahaja, atau layan Twitter sahaja. Tetapi sebenaranya ada cara yang anda boleh lakukan untuk mainkan 2 aplikasi ini serentak tanpa menggunakan aplikasi tambahan pun.
Anda boleh dengar lagu, ceramah di Youtube sambil layan Twitter ataupun anda boleh tutup skrin telefon anda. Jadi lagu tetapi dimainkan walaupun anda dah tutup skrin.
Jom kita tengok cara mainkan video Youtube serentak dengan aplikasi lain ataupun skrin di tutup tanpa menggunakan aplikasi tambahan. Tips dan cara ini boleh digunakan bagi pengguna iPhone dan Android untuk tahun 2020.
Bagi Pengguna iPhone
Bagi Pengguna Android
(pada masa ini, lagu akan pause)
4. Akhir sekali, anda tarik notifikasi bar anda dan tekan Play kembali
#Alternatif Lain Bagi Pengguna Android
- Anda boleh mainkan video Youtube walaupun skrin di tutup
- Anda boleh mainkan video secara terapung di hadapan aplikasi lain
- Tiada iklan dipaparkan
Semoga tips dan cara mainkan vide Youtube walaupun skrin di tutup ini akan memberi manfaat kepada anda khusus bagi penggunaa iPhone dan Android.
Jangan lupa tekan butang share untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda yang lain.