Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memaklumkan dimana, rakyat kini boleh lihat dan akses maklumat isytihar harta bagi anggota pentadbiran awam baik Menteri dan Timbalan Menteri.
Pada bulan Mac yang lepas, selepas Kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengambil alih Kerajaan daripada Pakatan Harapan (PH), Perdana Menteri baharu, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengarahkan semua anggota Kabinetnya mengisytiharkan harta yang dimiliki kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Perkara ini adalah bertujuan bagi memerangi rasuah.
Perkara ini telah dilakukan oleh Kerajaan sebelum ini dibawah kepimpinan Perdana Menteri Ke-7 ketika itu, Tun Mahathir dengan mengarahkan semua Ahli Parlimen supaya mengisytiharkan harta kepada SPRM.
Orang Awam Boleh Akses Maklumat Isytihar Harta Anggota pentadbiran Awam
Melalui portal itu juga, pendapatan yang terendah diperoleh sebanyak RM24,687.00 iaitu daripada Menteri Belia & Sukan Yb Dato’ Sri Reezal Merican Bin Naina Merican dengan jumlah aset lebih RM2.5 juta.