Cara Keluarkan Duit ASB Secara Online

By Aiman San

Published On:

Follow Us
Cara Keluarkan Duit ASB Secara Online

Kini urusan anda lebih mudah dimana anda boleh keluarkan duit ASB secara online sahaja tanpa perlu beratur panjang di kaunter ANSB.

Selain daripada pengeluran secara manual yang boleh dibuat di kaunter ASNB, anda juga boleh lakukan pengeluaran duit ASB (Jualan Balik) secara online iaitu menerusi myASNB.

Dengan adanya kemudahan pengeluaran secara dalam talian ini, wang anda akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank pilihan anda atau yang anda tetapkan. Mudah dan jimat masa.

Contents

Iklan Disini

Aplikasi myASNB

Pihak ASNB telah memperkenalkan portal dan aplikasi myASNB dimana segala urusan berkaitan Amanah Saham anda boleh lakukan secara online sahaja. Antara kemudahan yang disediakan ialah :

  • Auto Labur. Pelaburan bulanan anda kini lebih mudah secara automatik. Hanya perlu tentukan tarikh dan amaun yang anda kehendaki. Terus dilakukan menggunakan aplikasi
  • Jualan Balik. Kemudahan pengeluaran secara dalam talian di mana wang akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank pilihan anda.
  • Penyata Akaun. Anda boleh muat turun penyata tahunan, pegangan dan urusniaga terperinci untuk pemantauan akaun pelaburan yang lebih efisyen.
  • Penukaran Dana. Lakukan penukaran dana dengan mudah secara dalam talian dan semak jumlah pelaburan dalam masa nyata.

Cara Untuk Daftar myASNB

Jadi untuk anda yang masih belum ada akaun ASNB atau belum daftar myASNB, anda boleh berbuat demikian secara online tanpa pergi ke kaunter iaitu dengan cara:

Iklan Disini

BACACara Buka Akaun ASB Secara Online Menggunakan Aplikasi myASNB

Pendaftaran Akaun
Lengkapkan butiran yang diperlukan dan muat naik ID bagi mengesahkan identiti anda menerusi laman web myASNB di www.myasnb.com.my atau melalui aplikasi mudah alih

Maklumat Log Masuk
Kemudian etapkan nama pengguna, kata laluan dan frasa keselamatan anda untuk maklumat log masuk.

Iklan Disini

Pelaburan Pertama
Mulakan pelaburan awal pertama anda dengan dana unit amanah ASNB. Anda boleh mulakan dengan melabur di Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Keluarkan Duit ASB

Jadi bagi mereka yang ingin keluarkan duit ASB atau buat Jualan Balik, anda pun masih boleh menggunakan aplikasi myASNB yang boleh dibuat secara online sahaja.

Langkah 1
Login akaun di portal www.myasnb.com.my atau aplikasi myASNB

Langkah 2
Kemudian klik pada butang + dan pilih “Jualan Balik”

Iklan Disini
Keluarkan Duit ASB

Langkah 3
Kesemua maklumat bank telah pun ditetapkan ketika pendaftaran akaun myANSB, jadi hanya perlu masukkan jumlah (RM) yang anda ingin keluarkan dan klik Seterusnya

Keluarkan Duit ASB

Langkah 4
Pilih antara 3 pengesahan mudah alih. Sekiranya Push Notification tak jadi, anda boleh pilih Secure TAC atau SMS TAC. Jika sudah klik pada Sahkan.

Iklan Disini
Keluarkan Duit ASB

Akan dipaparkan status BERJAYA.

Duit anda akan masuk ke akaun bank pada hari berikutnya. Sekiranya anda keluarkan hari Isnin, duit akan masuk pada Selasa.

Penjualan Balik atau Pengeluaran hanya terhad untuk RM2000 sebulan dengan (3) tiga kali transaksi dengan nilai minimum sebanyak RM100 sahaja. Tiada caj dikenakan, percuma.

Jika anda ingin keluarkan lebih duit ASB, anda perlu datang ke kaunter ASNB terdekat untuk berurusan. Untuk info lanjut, boleh rujuk www.asnb.com.my/onlineredemption

Iklan Disini

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment