Cara Dapatkan RM3000 Jika Anda Peniaga Kecil Melalui Geran Khas Prihatin 2.0 (GKP 2.0)

By Aiman San

Published On:

Follow Us

Cara Dapatkan RM3000 Jika Anda Perniaga Kecil Melalui Geran Khas Prihatin 2.0 (GKP 2.0)

Kerajaan sekali lagi mengumumkan inisiatif baharu bagi membantu rakyat Malaysia meneruskan kelangsungan hidup dikala musim PKPP dengan memperkenalkan pakej KITA PRIHATIN. Melalui ini, Geran Khas Prihatin (GKP) diperkenalkan semula melalui GKP 2.0.

Jika anda pernah menerima bayaran one-off sebelum ini melalui GKP, anda pasti tahu syarat-syarat kelayakan bukan. Jadi untuk GKP 2.0 ini, syaratnya masih dikekalkan tetapi ada syarat tambahan untuk anda dapatkan bayaran one-off RM3000 tersebut. 

Iklan Disini

GKP 2.0 adalah bantuan kewangan berjumlah RM3000 (one-off) kepada Perusahaan Kecil & Sederhanan (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan disamping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

Cara Dapatkan RM3000 Jika Anda Perniaga Kecil Melalui Geran Khas Prihatin 2.0 (GKP 2.0)

Jadi siapakah yang layak untuk menerima GKP 2.0 ini?

Iklan Disini

Contents

Iklan Disini

Syarat Layak Memohon GKP 2.0

Jika anda memenuhi syarat kelayakan, anda boleh memohon :

a.  Bukan penerima GKP sebelum ini

Iklan Disini

b.  Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia

c.  Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut :

    i.   Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000

Iklan Disini

    ii.  Jumlah pekerja sepenuh tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemiliki 

d.  Berdaftar dengan agensi-agensi berikut :

Iklan Disini

    i.  Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020

Iklan Disini

    ii. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020

e.  Masih aktifi menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

Cara Memohon GKP 2.0

Jadi jika anda peniaga kecil dan tidak menerima bantuan GKP sebelum ini, anda boleh buat permohonan secara dalam talian (online) melalui Portak GKP di gkp.hasil.gov.my bermula 1-31 Oktober 2020 (sebulan)

Iklan Disini

Permohonan secara manual tidak akan diterima

Keputusan permohonan akan diumumkan mulai 15 November 2020. Jika berjaya, pembayaran akan dibuat kepada pemohon melalui akaun bank yang didaftarkan bermula 25 November 2020.

Jika anda mempunyai permasalahan atau untuk ketahui lebih lanjut berkaitan Geran Khas Prihatin 2.0, anda boleh dapatkan soalan Lazim melalui pautan Hasil.

Iklan Disini
Iklan Disini

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now