Beberapa minggu yang lepas, Youtube telah mengumumkan dimana, Youtube Premium dan Youtube Music telah memasuki pasaran Malaysia. Jadi kepada semua pengguna setia khususnya Youtube, pastinya berita ini merupakan antara berita yang menarik bagi mereka. Kini anda sudah boleh guna Youtube Premium dan Youtube Music.
Secara ringkas, Youtube Premium merupakan akaun yang dinaiktaraf daripada akaun percuma yang kita daftarkan seperti biasa ketika menggunakan Youtube. Manakala, Youtube Music pula ada platform penstreaman lagu atau music secara atas talian. Kedua-duanya berkait rapat dengan Youtube yang sedia ada.
Contents
Kelebihan Youtube Premium Dan Youtube Music
Kelebihan Youtube Premium
- Anda boleh stream video, filem, drama semua secara percuma dan tanpa sebarang iklan jika anda membuat langganan bulanan.
- Mengandungi kandungan eksklusif iaitu Youtube Originals
- Anda boleh menonton kandungan video Youtube tanpa sebarang iklan.
- Anda boleh menonton video secara terapung (bermaksud, anda boleh menontong video dengan membuat aktiviti lain seperti Whatsapp, bermain twitter, bermain game dan pelbagai lagi)
- Anda boleh mainkan video sekalipun anda off atau lock telefon anda.
Kelebihan Youtube Music
- Anda boleh mendengar semua lagu secara percuma dan tanpa sebarang iklan jika anda melanggan secara bulanan
- Anda boleh mendengar lagu walaupun ketika fon anda lock
- Semua kandungan di Youtube yang mempunyai music, anda boleh dengar (cover lagu, edited, 8D audio dan sebagainya)
- Video lagu yang mempunyai lirik juga, anda boleh tonton di YTM dan mendengarnya walaupun aplikasi ditutup.
Cara Daftar Akaun Youtube Premium Dan Youtube Music
Cara Daftar Youtube Premium
Cara Daftar Youtube Music
Berapa Yuran Langganan Bulanan
Selepas sebulan penggunakan akaun Youtube Premium secara percuma, jika anda berpuas hati dan berminat, anda boleh membuat langganan bulanan dengan harga yang ditetapkan. Ianya dibahagia kepada 2 kategori:
Kategori 1 : Youtube Premium + Youtube Music
- RM17.90/bulan bagi (1) satu peranti
- RM26.90/bulan bagi (5) lima peranti (Pakej Family)
Kategori 2 : Youtube Music
Anda juga boleh menggunakan Youtube Music secara percuma tetapi fungsinya terhad dan sudah pastinya ada kandungan iklan.
- RM14.90/bulan bagi (1) satu peranti
- RM22.90/bulan bagi (5) lima peranti (Pakej Family)
Sepertinya, lebih baik anda membuat langganan bagi kategori 1 iaitu bermula dengan harga RM17.90 kerana disitu anda akan dapat akaun Youtube Premium dan juga Youtube Music berbanding kategori 2. Lebih berbaloi jika anda boleh berkongsi dengan keluarga atau rakan yang lain seramai 5 orang.
Jadi jika anda berminat, anda boleh membuat langganan dan membuat pendaftaran bagi Youtube Premium dan Youtube Music.