Belum daftar lagi untuk mengundi? Mungkin PRU tidak lama lagi ni. Jangan berlengah lagi, tengok sini cara daftar mengundi online menggunakan MySPR Daftar sahaja. Lebih mudah.
Tidak boleh tidak, bagi memilih bakal pemimpin yang bakal menerajui negara, kita mesti membuang undi di peti undi melalui Pilihan Raya. Kita merupakan negara yang mengamalkan sistem Demokrasi yang kini rata-rata hampir seluruh negara menggunakan sistem ini bagi memilih pemimpin negara.
Pilihan Raya Umum (PRU) mungkin akan di adakan bila-bila masa sahaja mengikut situasi sekarang, jadi rasanya inilah masa sesuai untuk anda daftar sebagai pengundi sah jika sudah mencapai syarat mengundi.
Contents
Syarat Kelayakan Untuk Mendaftar Untuk Mengundi
- Seorang warganegara Malaysia
- Telah mencapai umur 21 tahun
- Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan
- Tidak dihalang/hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuatkuasa
Cara Daftar Dengan MySPR Daftar
Pendaftaran boleh dibuat melalui 3 langkah sahaja iaitu
- Permohonan akaun pengguna
- Pengaktifan akaun pengguna
- Isi borang A (pendaftaran pemilih)
1.0 Permohonan Akaun Baru
2. Kemudian klik pada Permohonan Akaun Baru
- Masukkan No. Kad Pengenalan.
- Masukkan Nama seperti dalam kad pengenalan.
- Masukkan No. Telefon Bimbit.
- Masukkan E-mel.
- Masukkan Katalaluan dan Pengesahan Katalaluan
- Masukkan Soalan Keselamatan dan Jawapan Keselamatan
- Klik “Contoh Alamat” untuk melihat cara pengisian alamat.
- Masukkan alamat lengkap seperti dalam kad pengenalan
- Klik “Contoh Gambar” untuk melihat contoh gambar kad pengenalan dan gambar swafoto bersama kad pengenalan yang dibenarkan
- Muat naik gambar kad pengenalan.
- Muat naik gambar swafoto bersama kad pengenalan.
- Masukkan Captcha
- Tanda Saya telah membaca syarat-syarat kelayakan . . .
- Tekan butang “Hantar”
- Dialog Notifikasi akan dipaparkan.
2.0 Pengaktifan Akaun Pengguna
3.0 Permohonan Pendaftaran Baru
Langkah seterusnya adalah daftar sebagai pengundi
- Klik “Contoh Alamat” untuk melihat cara pengisian alamat
- Masukkan No. Rumah. Jika tiada masukkan ‘-’
- Klik butang “DAFTAR ALAMAT LAIN” jika hendak mendaftar alamat lain.
- Pilih Jantina
- Pilih Bangsa
- Pilih Agama.
- Tanda ✅ Saya mengaku bahawa . . .
- Tanda ✅ Saya sedar bahawa penalti kerana membuat pernyataan palsu. . .
- Klik “Syarat-syarat saksi” untuk melihat syarat-syarat menjadi saksi.
- Masukkan No. Kad Pengenalan Saksi.
- Masukkan Nama Saksi.
- Klik “Contoh Alamat” untuk melihat cara pengisian alamat.
- Masukkan Alamat Saksi seperti dalam kad pengenalan.
- Tanda ✅ Saya mengaku bahawa saksi telah dimaklumkan. . .
- Tekan butang “HANTAR”.
- Dialog Notifikasi akan dipaparkan.
- Masukkan No. Kad Pengenalan dan Katalaluan.
- Tekan butang “MOHON TAC”
- Sekiranya No. Kad Pengenalan dan Katalaluan yang dimasukkan betul, sistem akan menghantar SMS ke telefon bimbit pengguna dan ruangan input No. TAC akan dipaparkan.
- Masukkan No. TAC dan tekan butang “HANTAR”.
- Sistem akan membuat verifikasi dan Skrin Status Saya akan dipaparkan
- Tekan butang “HANTAR/CETAK BORANG A”. Cetakan Borang A akan dipaparkan
Selesai pendaftaran sebagai pengundi melalui MySPR Daftar
Untuk ketahui lebih lanjut berkaitan MySPR DAFTAR, anda boleh dapatkan di pautan ini. Anda boleh lihat cara permohonan pertukaran alamat, lihat status permohonan dan sebagainya.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi hotline SPR di talian +603-8892 7018 dalam waktu pejabat atau melalui sistem aduan di www.spr.gov.my/ms/aduan-pertanyaan.