Sekarang, Astro sangat menggalakan penggunnya menggunakan Astro GO dimana anda boleh tonton siaran Astro dimana-mana sahaja dengan menggunakan komputer dan smartphone anda. Justeru itu, anda perlu mendaftar terlebih dahulu, jadi lihat sini cara daftar dan guna Astro GO terbaru bagi tahun 2020.
Siaran Astro yang anda langgan ketika ini, anda boleh tonton dengan pelbagai cara sama ada di televisyen, di smartphone, tablet, komputer atau di laptop. Selain di TV, pastikan anda ada sambungan internet, anda boleh tonton Astro melalui Astro GO.
Secara ringkasnya, Astro GO adalah komplimentari untuk semua pelanggan Astro sahaja bagi menonton on demand serta saluran-saluran kegemaran mereka pada peranti mudah alih (smartphone dan table) serta komputer, pada bila-bila masa atau di mana sahaja mereka berada. (yang penting ada Internet)
Cara Daftar Astro GO
Langkah 2
Masukkan account atau smartcard number :
Berapa peranti boleh buka Astro GO serentak?
- Anda boleh akses Astro GO sehingga 4 peranti secara serentak dengan menggunakan 1 Astro ID (No akaun atau No Smartcard)
- Manakala bagi filem Pay-per-view serta siri TV (contoh Astro First, Astro Best & filem-filem berbayar terpilih), pelanggan boleh menonton dengan 2 peranti pada masa yang sama sahaja.
Cara Menggunakan Astro GO
Channel Guide – Anda boleh dapatkan jadual setiap siaran yang ada di Astro tetapi anda hanya boleh akses saluran yang anda langgan sahaja. Anda tidak langgan, tak boleh tengok. Sama seperti di TV juga. On Demand – Sama seperti di TV, anda boleh akses beberapa rancangan yang disediakan secara percuma dan berbayar.
Pada bahagian tab, disediakan lagi pelbagai program yang diasingkan mengikut kategori seperti Catch Up, Boxsets, Movies, Kids, Store, Sports dan sebagainya.
- Bahagian On Demand, disediakan rancangan percuma dan berbayar. Jika anda ingin dapatkan rancangan berbayar, anda harus purchase melalui Astro decoder (di TV) dan barulah anda boleh akses rancangan tersebut.
- Store (Astro Best, Astro First). Dibahagian ini Astro ada sediakan beberapa filem yang anda boleh Sewa dengan harga yang telah ditetapkan. Anda boleh tempat melalui aplikasi Astro GO terus sahaja.
- Di Astro GO juga, anda boleh Record rancangan yang anda ingin lihat di kemudian hari sama seperti di TV. Kesemua recording tersebut akan disimpan dibahagian My Library. (Anda boleh record sehingga 200 jam (500GB). Semuanya disimpan di Astro Cloud dan bukannya di dalam phone anda.
Jadi jika anda sudah boleh akses Astro GO, tiada lagi masalah untuk anda tonton rancangan kegemaran anda dimana-mana dan bila-bila masa sahaja. Keluarga anda tonton rancangan kegemaran mereka di TV, anda tonton rancangan kegemaran di smartphone.